PUTRAJAYA: Malaysia
mencatatkan dua kematian akibat wabak COVID-19, kata Menteri Kesihatan, Datuk
Seri Dr Adham Baba.
Menurut beliau,
kedua-dua mangsa meninggal dunia hari ini.
Mangsa pertama, kata
beliau ialah seorang jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri
Petaling pada hujung Februari lalu.
Loading...
Dr Adham berkata,
mangsa berusia 34 tahun dan telah menghidap demam mulai 5 Mac lalu.
Allahyarham
meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Mangsa kedua yang
meninggal dunia akibat wabak itu, kata Dr Adham ialah, seorang paderi dari
Kuching, Sarawak.
Loading...
Kata Dr Adham,
mendiang berusia 60 tahun dan mempunyai sejarah penyakit kronik.
Sementara itu,
kematian paderi bernama David Cheng, di Hospital Umum Sarawak kira-kira sekitar
pukul 11 pagi turut dikongsi oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
Sarawak.
Mangsa telah
dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 13 Mac lalu selepas mempunyai simptom
COVID-19. - AWANI
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment