Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, March 17, 2020

Gaji mesti dibayar walaupun premis ditutup



KUALA LUMPUR : Majikan wajib membayar gaji pekerja mereka untuk tempoh dua minggu Perintah Kawalan Pergerakan dari 18 hingga 31 Mac 2020.

Menurut peguam sumber manusia, Firdaus Zakaria, Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan adalah selaras dengan tiga akta iaitu Akta Pekerja 1955, Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 yang memerlukan pekerja berada di rumah.

"Ini adalah arahan kepada semua pekerja untuk bekerja seperti biasa tetapi dari rumah. Ianya bukanlah cuti tanpa gaji.

Loading...
"Mereka perlu dibayar gaji seperti biasa, kecuali bayaran elaun kerana ianya merupakan perkara yang berbeza dan tidak wajib dibayar," katanya.

Firdaus berkata untuk pekerjaan yang tidak dapat dilakukan di rumah seperti pengendali pengeluaran, majikan mesti menanggung gaji selama Perintah Kawalan Pergerakan.

"Ia perlu dipatuhi. Contohnya pekerja kilang yang mesti berada di kilang, tetapi perlu mengikut arahan kerajaan supaya tinggal di rumah.

Loading...
"Mereka mesti dibayar gaji dan tidak boleh dipinggirkan." katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dalam satu kenyataan di televisyen pada Isnin bahawa hanya 14 sektor kritikal dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

14 sektor ini termasuk sektor air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, kebakaran, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, runcit dan bekalan makanan.



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages