1) Kita wajar memuji
langkah Menteri Pertahanan (Menteri Kanan), YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri Bera yang menyeru seluruh peserta ijtimak tabligh Seri Petaling
yang belum buat saringan agar berbuat demikian, tanpa rasa khuatir, jikapun mereka
tidak mempunyai dokumen sah - kita sedia maklum sebahagian peserta himpunan
tersebut adalah kaum Rohingya.
2) Tindakan beliau
mencapai persefahaman dengan pihak penguatkuasa berwajib lain seperti KDN dan
PDRM adalah tepat iaitu fokus pada membendung wabak virus pembunuh #Covid19
ini, bukan pada kesalahan lain seperti tiada dokumen perjalanan sah atau
pengenalan diri.
3) Pertama,
cukup-cukuplah sentimen prejudis terhadap jemaah tabligh yang sedikit menular
di media sosial kebelakangan ini. Kalaupun ada sedikit rintangan dihadapi untuk
menyaring segelintir jemaah tersebut, ia adalah isu individu dan jangan
sekali-kali kita menyalahkan kelompok besar tersebut.
4) Kedua, ingatlah
bahawa mereka juga "mangsa" kepada virus yang tidak mendiskriminasi
kaum, agama atau kewarganegaraan. Dari jumlah 10 kematian setakat jam lima
petang hari ini (22/3/2020), lima adalah dari kluster himpunan jemaah tabligh,
Masjid Seri Petaling iaitu kes 178, 152, 238, 781 dan 259.
Loading...
Dari kes 152 di
atas, ahli keluarga mangsa turut terkesan hingga alami kematian iaitu kes 1,031
dan 1,032.
Ini menjadikan angka
kematian dari kluster Jemaah Tabligh seramai tujuh mangsa dari 10 kes kematian
keseluruhannya. Perasaan wajar adalah sedih dan simpati, bukan marah jauh
sekali menimbulkan rasa prejudis.
5) Ketiga, dalam
krisis #Covid19 ini, keutamaan adalah nyawa. Nyawa peserta himpunan itu sendiri
nyawa ahli keluarga atau rakan terdekat mereka, disamping masyarakat secara
amnya. Jadi soal status pendatang tanpa izin atau tiada dokumen dan sebagainya
bukan keutamaan mendesak sekarang. Sebaliknya, kita punyai tanggungjawab moral
untuk meletakkan nyawa dan pembendungan penularan sebagai keutamaan. Ini
semangat dan kebijaksanaan yang dipaparkan melalui keputusan hari ini. -
SHAHRIL SUFIAN HAMDAN (KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA)
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment