Pembantu khas Kit
Siang marah bahawa kerajaan PN memberi kelonggaran untuk mengeluarkan duit
KWSP.
Dia kata ini bukan
duit kerajaan tapi ini duit rakyat. yang digunakan untuk tolong rakyat sendiri.
Ok. Saya nak
bongkarkan sedikit kepada dia kerana dia tak faham.
Pakej rangsangan
ekonomi Covid yang dirangka anak boss dia dan diumum PM ke-7 dikatakan bernilai
RM20 bilion.
Tetapi kos yang
ditanggung oleh kerajaan cuma 0.2% dari KDNK iaitu RM2.8 bilion sahaja.
Loading...
Bahagian paling
besar dari RM20 bilion iaitu melebihi RM10 bilion ini ditanggung Rakyat sendiri
apabila rejim gagalkrasi melaksanakan penurunan automatik peratus sumbangan
gaji pekerja bulanan kepada KWSP dari 11% ke 7%.
Pembantu Kit Siang
tak bising pulak masa itu bahawa Guan Eng suruh Rakyat guna duit rakyat sendiri
untuk tolong sendiri pulak.
Yang diumumkan hari
ini oleh PM8 pula ialah pengeluaran secara suka rela. Maknanya kalau tak mahu
angkat keluar, tiada perlu untuk mengeluarkan.
Ini cuma satu
langkah interim seperti langkah interim minggu lepas untuk membayar RM600
sebulan kepada mereka yang dipaksa bercuti tanpa gaji serta penangguhan
pelbagai bayaran seperti PTPTN, pengecualian sewa PPR dan sebagainya.
Loading...
Pakej rangsangan
ekonomi besar PN hanya diumum pada 30 Mac nanti.
Lagipun, kerajaan PN
boleh buat apa yang dibuat oleh kerajaan BN dahulu untuk memulihkan dan
meningkatkan simpanan usia tua pencarum KWSP - iaitu dengan memberi peluang
kepada KWSP untuk menjana untung yang besar melalui projek-projek lumayan khas
seperti projek Battersea, projek Kwasa Damansara serta pengambilan 49%
kepentingan dalam PLUS.
Tapi apa yang Guan
Eng buat pula ialah menghapuskan bayaran pampasan dari kerajaan kepada KWSP
apabila dia mengurangkan tol PLUS 18% dengan menggandakan baki tempoh tol dari
18 tahun lagi ke 38 tahun lagi.
Masa itu, Guan Eng
kata pencarum KWSP tak kisah kerana Rakyat lebih suka kadar dividen tahunan
KWSP mereka kurang 0.5% setahun berbanding diberi diskaun tol 18% setelah
dilanjutkan konsesi 20 tahun.
Nampaknya sumbangan
orang DAP dalam masa krisis Covid in ialah untuk menipu dan menghasut sahaja.
Bab membantu
langsung tiada. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment