Setakat hari ini,
lima negara dalam dunia telah mencecah jumlah 10,000 kes Covid - China, Itali,
Iran, Sepanyol dan Jerman.
Hari ini juga,
negara China mengumumkan tiada kes baru Covid domestik yang dapat dikesan
semalam.
Kes-kes baru di
China sekarang adalah kes import - iaitu pelawat luar negara yang didapati
positif apabila tiba di China.
Ini jauh berbeza
dengan situasi di negara Itali di mana kes-kes Covid semakin bertambah.
Loading...
Semalam, Itali kata
jumlah kes Covid negara itu telah meningkat 4,207 orang ke 35,713 kes dengan
475 kematian baru dalam satu hari.
Setakat ini, jumlah
terkorban akibat Covid di Itali ialah 2,978 orang berbanding 3,245 nyawa di
China.
Negara Itali hanya
melaksanakan perintah kawalan pergerakan terhad pada 9 Mac apabila jumlah kes
mereka sudah hampir 8,000.
Masa itu, warga
Itali masih dibenarkan untuk bekerja dan perniagaan-perniagaan tidak diperlukan
untuk ditutup.
Namun dua hari
kemudian, Itali mengetatkan perintah kawalan mereka dengan mengarahkan semua
perniagaan ditutup kecuali pasar raya dengan farmasi serta melarangkan warga
mereka untuk pergi ke tempat kerja - sama seperti apa yang mula dilaksanakan di
Malaysia semalam.
Loading...
Hari ini sudah masuk
hari ke-7 larangan lebih ketat negara Itali dilaksanakan.
Kita harap selepas
hari ke-14 iaitu selepas tempoh inkubasi kuman Covid tamat, jumlah kes Itali
akan mula menurun.
Bagaimanapun,
pendekatan Itali adalah jauh berbeza dengan apa yang dilaksanakan negara China.
Negara China
melaksanakan perintah berkurung yang amat ketat di negeri Hubei pada 23 Januari
semasa jumlah kes masih di bawah 1,000 orang walaupun masa itu adalah tempoh
Tahun Baru Cina..
Warga Hubei juga
memberi kerjasama penuh kerana sesiapa yang melanggar arahan kerajaan China
akan dipenjarakan atau dikenakan tempoh kuarantin mandatori.
Loading...
Akhirnya, langkah
negara China itu terbukti berjaya dan situasi Covid di sana dapat dikawal dalam
tempoh masa sekitar sebulan.
Dengan ini, Rakyat
Malaysia patut memahami dan mengambil pengajaran dari apa yang berlaku di
negara-negara lain.
Kita mesti ambil
serius perintah kawalan kerajaan ini.Kita tiada pilihan kerana peluang hanya
sekali sahaja.
Kita perlu memberi
kerjasama penuh dengan mematuhi perintah kawalan untuk duduk di rumah jika
tiada keperluan mendesak untuk keluar serta mengamalkan tabiat menjarakkan diri
dari orang sekeliling semasa di luar rumah dalam tempoh kritikal ini. - NAJIBRAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment