KANGAR: Jabatan
Kesihatan Negeri Perlis pada Khamis mengesahkan, seorang kakitangan Hospital
Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, didapati positif COVID-19.
Ketua Pengarah
Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, individu terbabit mempunyai
sejarah perjalanan ke Turki dan tiba di tanah air, pada 8 Mac.
"Beliau telah
dimasukkan ke wad pada 16 Mac dan disyaki jangkitan paru-paru (pneumonia) dan
dehidrasi.
Loading...
"Ujian makmal
di Hospital Sultanah Bahiyah mendapati beliau positif terhadap COVID-19 pada 18
Mac," katanya dalam satu kenyataan di Facebook, Khamis.
Dr Noor Hisham
berkata pihak hospital telah mengenal pasti kontak-kontak rapat dan menjalankan
saringan COVID-19 terhadap mereka, serta ahli keluarga terdekat pegawai
tersebut. Pembersihan dan pembasmian kuman di kawasan berkaitan juga telah
dilakukan.
Beliau berkata semua
pesakit dan orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka, kerana
pihak HTF telah mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit berjangkit dan
kawalan jangkitan yang perlu. - BERNAMA
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment