Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, March 19, 2020

"Kenapa Lid tak insaf?" - NAJIB RAZAK



Sebenarnya saya tak mahu sebut nama dia hari ini tapi kenapa dia perlu buat posting macam ini tadi?

Why, Lid? Why?

Sekali lagi, saya nyatakan beberapa tarikh kepada dia:

24 Feb 2020 (pagi):
- Lid rasmikan Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa 2020 di Putrajaya kerana tidak pernah ada sebarang larangan kerajaan untuk mengadakan acara umum. Lid naik belon.
- Lid kata langkah Sheraton telah gagal kerana kerajaan PH tak tumbang.

Loading...


24 Feb 2020 (petang):
- Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM secara sukarela. Dilantik semula sebagai PM interim.
- kerajaan PH tumbang.

27 Feb hingga 1 Mac 2020: Acara “ijtimak tabligh” di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur.

29 Feb 2020: Tun Mahathir henti sebagai PM interim. Muhyiddin dilantik PM8.

9 Mac 2020: Kabinet dilantik.

10 Mac 2020: Menteri-menteri kabinet angkat sumpah.

11 Mac 2020: Menteri kabinet mulakan hari kerja pertama.

Loading...


11 Mac 2020: Kes positif pertama berkait acara tabligh tersebut dikesan. (428 daripada 673 kes Covid setakat semalam adalah berkait acara ini)

13 Mac 2020: Kerajaan umum larangan untuk mengadakan semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan.

16 Mac 2020: Perintah kawalan pergerakan diumumkan.

Cuba fikir, Lid.

Kerajaan PN dan saya pun tak salahkan PM ke-7 letak jawatan secara tiba-tiba sehingga kita tidak ada kabinet untuk seminggu sebagai punca kes Covid melonjak naik.

Kita juga tak ingin salahkan kerajaan PH dahulu kerana mereka membenarkan acara tabligh besar-besaran itu dirancang dan dianjurkan pada masa Covid sedang merebak.

Kenapa Lid tak insaf? - NAJIB RAZAK




Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages