Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, March 19, 2020

"Jika Najib turun, Ringgit akan naik." - PM4



Harga minyak dunia telah menjunam dari US$72 ke US$27 satu tong akibat impak ekonomi Covid serta rundingan OPEC antara Rusia dengan Arab Saudi yang gagal dua minggu lalu.

Ini bermakna harga minyak dunia sekarang adalah jauh di bawah anjuran kerajaan US$72 dalam bajet 2019 dan US$62 dalam bajet 2020 negara.

Pada masa yang sama, kerajaan PH dahulu juga telah menaikkan KEBERGANTUNGAN kerajaan kepada hasil minyak dari 12.7% sebelum PRU14 ke 33%.

Loading...


Sebab itu, Ringgit mengalami tekanan yang hebat dan telah turun ke USD1 ke RM4.37 hari ini - iaitu penurunan 17 sen sejak kerajaan PH tumbang.

(Sebelum PRU14, Ringgit pada RM3.83. Masa PH tumbang, Ringgit sudah turun ke RM4.20 - iaitu penurunan 37 sen)

Masa saya PM dulu, Ringgit juga pernah lemah apabila harga minyak dunia jatuh ke bawah US$30 satu tong seperti sekarang.

Tapi masa itu PM-4 tipu Rakyat bahawa ini salah Najib dan jika Najib turun, Ringgit akan naik.

Loading...


Namun selepas dia berjaya turunkan Najib, Ringgit tak pernah naik sepanjang 22 bulan PH memerintah walaupun harga minyak dunia masa PH lebih tinggi berbanding pada tempoh 2015 hingga 2017 sebelum PRU14.

Tak apa. Walaupun terlambat, Rakyat lebih faham sekarang.

Untuk harga minyak dunia (dan Ringgit) naik semula dalam jangka masa pendek, Rusia dan Arab Saudi perlu mencapai persetujuan untuk OPEC kurangkan pengeluaran minyak.

Bagi jangka masa panjang pula, harga minyak dunia dan Ringgit hanya akan memulih apabila situasi wabak Covid reda di seluruh dunia. - NAJIB RAZAK



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages