Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, March 31, 2020

"Bila dicabar dengan fakta dan bukti sahih, Khalid Samad gagal menjawab dan terus meroyan." - Najib



Hari itu, PH mengeluarkan kenyataan media bahawa kerajaan PN mampu melaksanakan pakej rangsangan yang besar kerana "penjimatan" rejim Gagalkrasi PH.

Saya pun menjawab bahawa ianya tidak benar bahawa kerajaan PH pernah menjimat dengan menggunakan laporan rasmi bulan Disember 2019 Kementerian Kewangan.

Malah perbelanjaan tahunan kerajaan, penambahan hutang negara dan defisit tahunan kerajaan masa PH adalah jauh lebih besar berbanding.

Pagi ini, Lid pun jawab pembongkaran saya.

(Jawapan balas dia mendapat sambutan hangat (0 kongsian dan 16 like) berbanding pembongkaran saya (5,500 kongsian dan 40k likes)

Akhirnya, Lid mengaku bahawa perbelanjaan kerajaan PH adalah lebih tinggi.

Sukar untuk dia nafikan ini kerana pada tahun pertama PH sahaja, Guan Eng telah meminta bajet tambahan RM19.6 bilion dan menaikkan defisit tahunan dari 2.8% ke 3.7%.


Loading...


Sebab itu, Lid terpaksa mengaku.

Lepas itu, dia masih tegas bahawa mereka telah jimat walaupun perbelanjaan masa PH adalah lebih tinggi.

(logik dia bahawa mereka jimat tetapi belanja lebih ini agak susah untuk orang biasa nak faham).

Akhirnya, dia tolak secara bulat-bulat semua angka yang saya beri yang membuktikan hutang negara naik pada kadar jauh lebih tinggi masa PH berbanding masa BN walaupun ianya semua diberi oleh data rasmi kementerian kewangan semasa idola dia menjadi kementerian kewayangan.

Alasan yang diberikan dia kenapa tolak? Dia kata saya menipu akaun dengan memetik nama Nor Salwani.

Nor Salwani adalah pegawai Jabatan Audit Negara yang terlibat dengan kes "pemalsuan" laporan audit 1MDB saya.

Beliau diagung-agungkan oleh rejim PH masa itu kerana beliau telah merakam satu mesyuarat antara pegawaii saya dengan jabatan audit walaupun saya tidak terlibat dalam mesyuarat yang dirakam itu. Ya, suara saya tidak ada dalam rakaman itu kerana saya tak hadir mesyuarat itu.




Loading...


Kes laporan audit ini adalah antara permainan propaganda PH yang cuba membina persepsi bahawa kerajaan BN masa dahulu banyak memalsukan laporan atau audit.

Namun, tiada seorang juruakaun, pegawai kerajaan atau juruaudit pernah didakwa telah memalsukan akaun selama 22 bulan rejim PH.

Sebab itu, PH juga tak pernah berani melaksanakan RCI ke atas kes-kes yang didakwa ada pemalsuan akaun seperti LTAT, Tabung Haji dan sebagainya walaupun itu adalah antara 10 janji 100 hari manifesto PH kerana mereka bimbang akan terkantoi sekali lagi seperti dakwaan Guan Eng bahawa BN telah merompak wang GST 19.4 bilion yang terbukti fitnah dalam laporan siasatan PAC.

Apa yang Lid tak faham ialah dalam kes audit 1MDB di mana saya didakwa telah mengarahkan laporan akhir 1MDB ditukar, tiada satu pun dari 3 butiran yang didakwa telah dipinda melibatkan angka kewangan 1MDB.

Bekas Audit Negara mendakwa ada TIGA butiran yang berbeza antara dua penyata akaun itu.

BUTIRAN PERTAMA:

Penyata akaun SSM menggunakan perkataan "Group" atau Kumpulan.

Penyata akaun kepada MKD pula menggunakan perkataan "Brazen Sky" yang merupakan anak syarikat 100% milik 1MDB.

Loading...


BUTIRAN KEDUA:

Penyata akaun dihantar ke SSM menggunakan perkataan "Substantially utilized for the purpose of ..." atau "Sudah digunakan untuk tujuan...".

Penyata akaun kepada MKD pula menggunakan perkataan "Substantially set-aside for the purpose of ..." atau "Sudah diketepikan dan dikhususkan untuk digunakan bagi tujuan.."

Tujuan yang dimaksudkan dalam kedua-dua penyata akaun itu tidak berbeza.

BUTIRAN KETIDA:

Penyata akaun kepada MKD pula ada butiran tambahan bahawa pihak 1MDB, sebuah syarikat Amerika Syarikat dengan TNB telah bersetuju untuk menggunakan sebuah anak syarikat 1MDB untuk usaha sama projek Solar (namun, usaha sama ini akhirnya tidak diteruskan).

Lagi kelakar ialah walaupun saya didakwa mengarahkan laporan akhir dipinda, saksi-saksi dari Jabatan Audit Negara telah mengesahkan bahawa yang ditukar itu bukan laporan akhir dan draf laporan audit memang boleh dan sering dipinda.

Saksi utama dari Jabatan Audit Negara juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak pernah menerima permintaan secara langsung agar perkara tertentu dalam laporan audit ditukar.

Itulah PH.

Banyak menyalahgunakan kuasa kerajaan untuk memainkan persespi dan propaganda untuk menipu Rakyat.

Tetapi apabila dicabar dan dijawab dengan fakta dan bukti sahih, mereka akan gagal menjawab dan terus meroyan.

Setuju tak, Lid? - NAJIB RAZAK



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages