ORANG KAYA T20
PALING BANYAK TERIMA BANTUAN KERAJAAN BERBANDING B40 DAN M40
Oleh: ISHAM JALIL
Saya lihat ada
sesetengah pihak terutama orang kaya T20 yang tidak faham tentang peranan B40
dan M40 dalam menyumbang kepada ekonomi negara.
Ada orang-orang kaya
ini kata bahawa golongan B40 dan M40 ini tidak menyumbang kepada ekonomi dan
hanya mengharap bantuan kerajaan.
Orang-orang kaya T20
ini juga kata bahawa mereka (T20) adalah paling banyak membayar cukai oleh itu
sepatutnya dapat manfaat paling banyak dari kerajaan berbanding B40 dan M40.
Apa yang
diperkatakan oleh mereka ini adalah mitos yang tidak benar.
Berdasarkan laporan
Jabatan Statistik Malaysia, lebih daripada separuh atau 54% daripada pendapatan
isirumah negara adalah diperoleh oleh golongan B40 dan M40.
Selebihnya 46%
daripada pendapatan negara pergi kepada golongan kaya T20.
Loading...
Ini bermaksud secara
purata setiap seorang daripada golongan T20 memperoleh lebih daripada tiga kali
ganda pendapatan golongan B40 dan M40.
Walaupun setiap
orang daripada golongan B40 dan M40 menjana pendapatan yang lebih kecil dari
T20, namun hampir semua daripada pendapatan golongan B40 dan kebanyakan
daripada pendapatan golongan M40 dibelanjakan semula ke dalam ekonomi dengan
pembelian keperluan barangan dan perkhidmatan harian isirumah mereka.
Ini berbanding
dengan pendapatan golongan-golongan kaya T20 yang kebanyakannya disimpan
sebagai simpanan atau dilabur untuk perniagaan.
Namun
perniagaan-perniagaan mereka (T20) ini tidak akan berjaya dan akan gagal tanpa
pengguna-pengguna daripada golongan B40 dan M40 yang membeli barangan dan
perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan-perniagaan T20 tersebut.
Golongan B40 dan M40
ini adalah golongan pengguna yang terbesar di Malaysia, dari segi bilangan dan
jumlah perbelanjaan pengguna ke dalam ekonomi berbanding T20.
Ekonomi Malaysia
dipacu oleh perbelanjaan isirumah, dan ini dipacu oleh golongan B40 dan M40.
Tanpa perbelanjaan
B40 dan M40, ekonomi Malaysia (dan kekayaan T20) akan jatuh.
........
Loading...
Dari segi pembayaran
cukai pula, setiap tahun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip lebih
kurang RM36 billion cukai pendapatan individu.
Hampir semua
daripada jumlah ini adalah daripada potongan gaji melalui skim Potongan Cukai
Berjadual (PCB).
Potongan Cukai
Berjadual (PCB) ini dibuat daripada pekerja-pekerja yang makan gaji, yang mana
kebanyakan daripada mereka ini adalah daripada golongan B40 dan M40.
Kebanyakan daripada
golongan kaya T20 tidak bekerja makan gaji namun mempunyai perniagaan sendiri.
Ramai daripada
mereka membayar cukai melalui cukai perniagaan atau cukai syarikat.
Walaupun jumlah
pembayaran cukai syarikat adalah dua kali ganda iaitu RM70 billion berbanding
cukai pendapatan individu, namun kebanyakan daripada jumlah ini adalah dibayar
oleh syarikat-syarikat berkenaan kerajaan seperti Petronas, TNB, Telekom
Malaysia, Sime Darby, PNB dan sebagainya.
Berbanding dengan
pembayaran cukai individu melalui PCB dan cukai syarikat berkenaan kerajaan di
atas (yang perlu dibayar secara automatik atau melalui peraturan syarikat
kerajaan tersebut), banyak syarikat-syarikat lain milik persendirian dan milik
individu-individu T20 yang memilih untuk sama ada lari dari bayar cukai,
langsung tidak bayar cukai atau bayar kurang dari yang sepatutnya.
Ini dibuat dengan
manipulasi akaun atau mengisytiharkan kerugian supaya mereka tidak perlu
membayar cukai walaupun mereka sebenarnya membuat untung.
Dengan pembatalan
GST dan pengenalan semula SST oleh kerajaan PH dahulu, perkara ini menjadi
lebih teruk oleh kerana sistem cukai SST yang tidak telus berbanding GST.
........
Loading...
Persepsi yang
dikatakan oleh orang-orang billionaire terkaya di Malaysia bahawa mereka
menjadi kaya oleh kerana usaha sendiri tanpa bantuan kerajaan juga adalah suatu
mitos.
Jika kita lihat
daripada senarai 10 orang billionaire terkaya di Malaysia, tanpa menyebut nama
sesiapa, semua daripada mereka telah mendapat bantuan, subsidi, pengecualian
cukai atau kontrak besar kerajaan pada suatu masa dahulu atau berkali-kali
sehingga sekarang.
Secara purata,
jumlah manfaat bantuan kerajaan yang diperoleh oleh setiap daripada mereka ini
adalah jauh lebih tinggi berbanding jumlah bantuan kepada setiap orang dalam
golongan B40 dan M40.
Semasa zaman PM-4,
mereka ini (golongan kaya T20) yang paling banyak menerima subsidi dan bantuan
kerajaan.
Ini menyebabkan
peningkatan perkongsian pendapatan negara oleh mereka (T20) telah meningkat
daripada 50% ke 52% berbanding kejatuhan perkongsian pendapatan B40 daripada
15% ke 13% dalam tempoh tersebut.
........
Loading...
Saya dahulu pernah
menjadi pensyarah sambilan di UiTM pada tahun 1999-2000.
Hampir semua
daripada pelajar UiTM adalah dari keluarga B40 dan M40.
Kalau dahulu ibu dan
ayah mereka adalah orang miskin di kampung, kini dengan bantuan pendidikan oleh
kerajaan, anak-anak nelayan, petani dan penoreh getah ini telah menjadi doktor,
jurutera, akauntan dan usahawan yang berjaya yang telah menyumbang besar kepada
ekonomi negara.
Kebanyakan daripada
golongan kaya T20 mempunyai simpanan yang boleh digunakan semasa waktu
kecemasan.
Namun hampir semua
golongan B40 dan kebanyakan golongan M40 tidak mempunyai simpanan yang
mencukupi di kala masa memerlukan seperti sekarang.
Jika orang yang
berpendapatan tinggi pun mengeluh pada ketika ini, bayangkan keadaan golongan
yang miskin dan berpendapatan rendah.
Sebab itu golongan
B40 dan M40 ini perlu dibantu lebih oleh kerajaan di kala ini.
Dan hampir semua
anggota kerja kesihatan barisan hadapan yang membantu dan menyabung nyawa
sewaktu wabak COVID-19 ini adalah dari golongan B40 dan M40.
Saya harap selepas
ini tidak ada lagi golongan kaya T20 yang menghina dan mengkeji golongan B40
dan M40, lebih-lebih lagi semasa kita sedang menghadapi cabaran krisis wabak
COVID-19 ini.
Cukuplah hanya
beberapa orang yang mempunyai pemikiran sinikal terhadap golongan B40 dan M40
dan selalu menghina orang miskin.
Kepada orang-orang
kaya yang mempunyai pemikiran sebegini, tanpa B40 dan M40, anda tidak akan
menjadi kaya raya seperti sekarang, anda perlu ubah pemikiran anda.
Lebih banyak
seseorang membantu orang lain, lebih banyak punca rezeki akan dibuka oleh Allah
SWT, inshaAllah.
Salam,
1 April 2020
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment