Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, April 1, 2020

VIDEO: PKP fasa tiga, empat sehingga bulan Ramadhan?

VIDEO di bahagian bawah
KUALA LUMPUR: Keputusan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga fasa ketiga atau keempat bergantung kepada pematuhan rakyat terhadap perintah itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan faham kehendak rakyat yang mahu menjalani kehidupan biasa semula berbanding ketika ini.

“Esok PKP fasa kedua akan dilaksanakan dan ramai yang bertanya apakah akan diteruskan menjadi PKP fasa ketika dan keempat atau sehingga bulan puasa (Ramadan). Saya tahu ramai rakyat mahu kembali kepada kehidupan biasa.

“Yang boleh memastikan tiada PKP fasa ketiga atau keempat adalah bergantung kepada tuan-tuan dan puan-puan, jika kita terus patuh kepada SOP (prosedur operasi standard) dan arahan kerajaan,” katanya.


Loading...


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Ramadan dijangka bermula 24 April ini, kira-kira seminggu selepas PKP fasa kedua tamat iaitu pada 14 April ini.

Kerajaan mengisytiharkan PKP bermula 18 Mac lalu selama dua minggu sehingga hari ini dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya baru-baru ini mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 14 April ini. - BHONLINE





Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages