
Sebentar tadi Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah menyatakan Kementerian Kesihatan mengesan kluster baharu wabak COVID-19 di Sarawak, yang berpunca daripada rakyat Malaysia yang melancong ke Itali, yang setakat ini meragut nyawa lima mangsa.
Menurut beliau
kluster Itali berpunca daripada pesakit ke-1,580 itu, dikesan menjangkiti 37
kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006;
ke-2,850 dan ke-2,210 serta seorang pesakit memerlukan bantuan pernafasan dalam
unit rawatan rapi (ICU).
Apa yang didedah ini
tidak begitu jelas dan menimbulkan kemarahan umum tanpa hala tuju.
Ada yang marah
kepada keluarga mangsa dan ada yang marah kepada rakyat Malaysia yang ke luar
negara.
Loading...
Persoalan utama
ialah bila individu ini pulang dari luar negara tidak dijelaskan.
Tarikh beliau pulang
dari Itali adalah isu utama kerana dari situ kita boleh mengetahui di mana
kelemahan kita dan memperbaikinya.
Jika beliau pulang
selepas PKP diisytiharkan maka kita perlu mempersoalkan keseriusan pihak yang
mengurus pintu masuk kita dalam menangani Covid-19.
Mengapa pihak
imigresen yang menerima kemasukan beliau, tidak membuat sebarang tindakan
pro-aktif termasuk merujuk beliau kepada pihak berkuasa kesihatan. Ini kerana
imigresen tentu menyedari rekod perjalanan beliau ke negara yang terkait dengan
wabak ini secara serius.
Apa pun kita
bersyukur kini kerajaan telah membuat keputusan mengkuarantin mereka yang
pulang dari luar negara secara berpusat. Ini langkah tepat yang sepatutnya
dilaksanakan dari awal lagi. AB JALIL BACKER
Join our Telegram Channel
Loading...