SEBELUM PRU14
SEHINGGA KERAJAAN PH TUMBANG:
"Najib telah
jahanamkan negara. Hutang RM1 trilion. Negara bankrap."
TAPI SELEPAS REJIM
PENIPU PH TUMBANG PULA:
𝟭. Tun Mahathir (28 Feb 2020)
Negara ada kekayaan
RM2 trilion (RM1.2 trilion dibina dalam tempoh Najib PM).
"Dr M: Malaysia
can tap RM2 trillion savings to further stimulate economy"
--
Loading...
𝟮. Penasihat ekonomi Dr M, Muhammed Abdul Khalid (22 Mac 2020)
"“Pada waktu
kecemasan beginilah masanya untuk kita berbelanja untuk rakyat, dan gunakan
simpanan negara seperti Kumpulan Wang Amanah Negara yang berjumlah hampir RM17
bilion dan rizab negara yang melebihi RM400 bilion. Apa gunanya menyimpan
sehingga beratus bilion ringgit jika tidak mahu menggunakannya semasa kecemasan
sebegini? Inilah fungsi simpanan."
--
𝟯. Anwar Ibrahim (23 Mac 2020)
“[…] guna rizab yang
besar yang ada sama ada dalam kerajaan atau Petronas untuk selamatkan rakyat
sekarang,” katanya lagi.
Semua penipu masa
dahulu. Sekarang baru mahu mengaku bahawa Najib telah jaga ekonomi negara
dengan baik dan kita tak bankrap.
Malah rizab, aset
negara serta kekayaan negara meningkat dengan kadar paling tinggi masa saya PM.
Tapi kalau nak harap
mereka meminta maaf kerana telah memfitnah saya dan kerajaan BN dulu .....
Tak payah lah.
(Siapa yang pernah
ditipu mereka sehingga memaki-maki saya? Baik mengaku)
Loading...
Dulu, saya pernah
tertanya-tanya juga kenapa ramai boleh tertipu padahal:
- pertumbuhan
ekonomi kita setiap tahun antara tertinggi di rantau ASEAN
- kita sering dipuji
bank dunia dan IMF
- dividen dan hibah
tinggi-tinggi sepanjang 9 tahun
- banyak
projek-projek pembangunan seperti MRT, LRT dan sebagainya berjaya disiapkan
- defisit dan nisbah
hutang negara menurun tiap-tiap tahun,
- penarafan kredit
kita adalah gred "A" sepanjang tempoh,
- aset negara
semakin bertambah termasuk nilai aset bersih Khazanah naik 3 kali ganda ke
RM116b,
- bantuan rakyat
ditambah setiap tahun,
- rizab tunai
Petronas naik sehingga RM176b; dan
- pasaran saham kita
adalah pasaran saham menaik (world's longest bull-run) dalam dunia sehingga
mencapai 1,896 point pada bulan sebelum PRU14 iaitu paling tinggi dalam
sejarah?
Tak apalah. Yang
telah lalu, biarlah berlalu.
Kita fokus krisis
Covid sekarang. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment