Mari kita baca
kenyataan bersama PH ini yang dikeluarkan oleh:
1) Saifuddin
Nasution dari PKR dan Anthony Loke dari DAP
Pudin ini lah yang
keluarkan kenyataan minggu lepas untuk mempertikaikan langkah kerajaan PN
memberi bantuan bayaran RM600 sebulan kepada mereka yang terpaksa ambil cuti
tanpa gaji kerana Pudin kata kewangan kerajaan runcing akibat kejatuhan harga
minyak dunia.
Boss Anthony Loke
ini juga yang pernah berkali-kali berjanji untuk memberi BR1M sebanyak RM2,000
sebulan seperti janji BN dahulu jika mereka menang PRU14 tapi akhirnya kencing
rakyat selepas menang.
Loading...
Sekarang, kedua-dua
ex-menteri ini pula suruh kerajaan PN kembalikan BR1M RM2,000.
Eh, kewangan
kerajaan tak runcing lagi ke?
2) Lid dari PAN.
No komen, Untuk apa
nama dia ada dalam siaran media ini?
Saya juga telah
menjawab hasutan PH tentang langkah kerajaan PN memberi kelonggaran untuk
mengeluarkan duit KWSP tadi di sini:
Selain itu, tiada
apa-apa idea atau saranan bernas yang terkandung dalam siaran media bersama
dari rejim gagalkrasi PH yang sudah tumbang ini.
Loading...
Perlu ingat juga
bahawa apa yang dumumkan hari ini oleh kerajaan PN cuma langkah-langkah interim
seperti langkah interim minggu lepas untuk membayar RM600 sebulan kepada mereka
yang dipaksa bercuti tanpa gaji serta penangguhan pelbagai bayaran seperti PTPTN,
pengecualian sewa PPR dan sebagainya.
Pakej rangsangan
ekonomi besar PN hanya akan diumumkan pada 30 Mac nanti di mana ianya pasti
akan ada lagi banyak bantuan kewangan terus kepada golongan terjejas.
PN bukan rejim
Gagalkrasi PH yang suruh Rakyat ikat perut atau jangan harapkan kerajaan
membantu. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment