Pendekatan yang
diambil oleh negara Korea Selatan berbeza dengan negara-negara lain.
Korea yang jumlah
saiz penduduknya 51 juta orang telah berjaya mengawal kenaikan kes Covid tanpa
melaksanakan perintah berkurung atau kawalan pergerakan yang ketat.
Negara itu mengambil
langkah untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa sahaja yang mahu diuji.
Setakat ini, Korea
Selatan sudah membuat lebih 300,000 saringan berbanding 15,196 saringan di
Malaysia.
Saya tetap
berpendapat bahawa saringan percuma secara besar-besaran patut dijadikan
prioriti utama kerajaan Malaysia.
Loading...
Kerana saya percaya
kos untuk memberi saringan percuma kepada sesiapa yang mahu diuji memberi
pulangan jauh lebih besar berbanding langkah-langkah lain yang diambil oleh
kerajaan.
Saya juga percaya
bahawa melaksanakan saringan besar-besaran adalah antara langkah paling efektif
untuk melawan Covid.
Kerajaan kata jumlah
kos untuk melaksanakan setiap saringan adalah sekitar RM700 seorang.
Ini bermakna jumlah
kos untuk melaksanakan 15,196 saringan setakat ini ialah sekitar RM10.6 juta.
Katakanlah kita
berjaya menurunkan kos saringan ke RM500 seorang, jumlah kos untuk membuat
saringan untuk 1 juta rakyat adalah RM500 juta.
Loading...
Bayangkan ini.
Jumlah nilai KDNK
Malaysia adalah RM1.4 trilion tahun lepas atau sekitar RM3.8 bilion sehari.
Sebab itu, apakah
kos RM500 juta berbanding pulangan yang diperolehi jika kita mampu
mempercepatkan pemulihan ekonomi negara kita?
Lagipun, kos setiap
saringan Covid sedang menurun pada ketika ini kerana semakin banyak syarikat
dalam dunia sedang memperkenalkan kit ujian Covid yang semakin mudah diguna dan
semakin murah.
Saranan saya kepada
kerajaan ialah:
1. Terus berusaha
untuk mengurangkan kos saringan serta masa untuk membuat setiap saringan.
2. Meningkatkan
kapasiti untuk membuat saringan dan memudahkan cara Rakyat mendapat saringan.
3. Berpakat dengan
rangkaian syarikat perubatan swasta untuk bersama-sama memberi saringan percuma
tanpa syarat kepada setiap orang di Malaysia (termasuk orang asing tanpa kira
mereka ada permit atau tak ada permit) yang ingin diuji sebab mereka percaya mereka
mungkin terdedah kepada risiko Covid.
4. Memberi jaminan
bahawa sesiapa yang dikehendaki kuarantin diri secara mandatori di rumah
sendiri atau di pusat kuarantin kerajaan selepas diuji akan dibantu dari segi
kewangan dan bekalan makanan serta barangan keperluan dalam tempoh kuarantin.
Dan sesiapa yang
melanggar tempoh kuarantin ini akan dipenjarakan. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment