Orang ramai mula membanjiri beberapa balai polis
sejak pengumuman sekatan keluar
antara negeri atau domestik yang akan berkuat kuasa pada malam ini.
Antara
balai polis yang terlibat yang dikongsikan oleh netizen adalah balai polis Sg
Besi, Seksyen 6 Shah Alam, Serdang dan Tg Malim.
Ketua
Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya sudah bersedia sejak dua minggu
lalu untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa
esok.
Loading...
“Orang ramai yang ingin balik kampung perlu maklumkan
pergerakan mereka kepada polis.
“Mana-mana
individu atau premis yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan
tindakan.
“Kalau
pelanggaran berleluasa dalam tempoh dua minggu ini, PDRM akan mengambil
tindakan yang lebih drastik,” katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur,
hari ini.
Loading...
Hamid berkata,
mereka yang mahu melakukan perjalanan antara negeri perlu mengisi borang khas
serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan
berkenaan.
"Borang khas
itu boleh diisi di mana-mana balai polis berhampiran atau ibu pejabat polis
daerah masing-masing bagi membolehkan pihak polis mengeluarkan surat pelepasan.
"Ia hanya untuk
mereka yang mempunyai urusan penting atau kecemasan sahaja," katanya. –
Mkini/Cinca
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment