TITAH DULI YANG
TERAMAT MULIA TUANKU YANG DIPERTUA
MAJLIS AGAMA ISLAM
DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) BERKAITAN PENGURUSAN MASJID EKORAN
PENULARAN WABAK COVID-19 BERMULA 16 MAC 2020
Menjunjung titah
perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum
Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah menerima pandangan dan nasihat daripada
pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai perkembangan COVID-19 semasa pada
15 Mac 2020, serta mendapat panduan dan irshad daripada Jawatankuasa Fatwa
Negeri Perlis, sebagai lanjutan Titah Perutusan Beta selaku Yang DiPertua
melalui edaran MAIPs 100 – 6 Jld 7 (77) bertarikh 13 Mac 2020, maka Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan ini mengambil
keputusan berkaitan pengurusan masjid seperti berikut:
Loading...
1. Bersetuju
supaya segala aktiviti berkumpulan di masjid termasuk Solat Jamaah dan Solat
Jumaat dihentikan seketika. Umat Islam diseru untuk menunaikan solat jemaah di
rumah dalam tempoh 14 hari bermula waktu maghrib pada 16 Mac 2020 sehingga
waktu isyak 29 Mac 2020.
2. Laungan
azan akan dilaksanakan di masjid dengan gantian seruan ungkapan hay’alatain
(حى على
الصلاة، حى على الفلاح) kepada (صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ) (Solatlah di rumah kamu), berdasarkan riwayat al-Bukhari (668) dan
Muslim (699) daripada Ibn 'Abbas RA. Inilah salah satu pandangan yang
dibolehkan seperti yang dinyatakan oleh al-Imam alNawawi RH di dalam kitabnya
Syarh Sahih Muslim 5/207.
Lafaz azan yang
dilaungkan adalah seperti berikut:
الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر، الله أكبر،
أشهد أن لا إله إلا الله، أشهد أن لا إله إلا الله،
أشهد أن محمدًا رسولُ الله،
أشهد أن محمدًا رسولُ الله،
صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ، صَلُّوْا فِيْ بُيُوْتِكُمْ،
الله أكبر، الله أكبر،
لا إله إلا الله
3. Hanya
Pegawai Masjid yang bertugas sahaja (Seorang Imam, seorang Bilal dan seorang
siak) hadir solat jamaah setelah
benar-benar dipastikan kebersihan dan kesihatan dengan menjaga ketetapan
seperti berikut:
a) Hadir
ke masjid apabila azan dilaungkan. Hanya muazzin perlu hadir awal bagi tujuan
melaungkan azan;
b) Memendekkan
tempoh keberadaan di masjid;
c) Mengambil
wudhuk di rumah;
d) Tidak
bersalaman;
e) Membawa
sejadah sendiri;
f) Memastikan
diri benar-benar bersih dan sihat sebelum hadir ke masjid.
4. Masjid-masjid
hendaklah melaksanakan proses cucian / nyahkuman / disinfection dalam tempoh 14
hari yang ditentukan, bahkan dilaksanakan setiap kali solat oleh setiap Pegawai
/ Jawatankuasa Masjid yang hadir bertugas.
5. Menangguhkan
semua aktiviti masjid sama ada kelas, kuliah dan pengajian dalam tempoh 14
hari. Pengajaran secara atas talian boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan
dari rumah sebagai alternatif.
6. Dinasihatkan
semua masyarakat untuk mengelakkan sebarang perkara dan aktiviti yang dapat
menyumbang ke arah penularan wabak COVID-19 berkenaan.
Loading...
Oleh hal yang
demikian, Pengurusan Masjid-masjid di seluruh Negeri Perlis hendaklah
melaksanakan tindakan-tindakan seperti yang telah ditetapkan bermula Solat
Maghrib pada 16 Mac 2020 sehingga 29 Mac 2020 dan memberikan perhatian penuh
dalam aspek pembersihan masjid. Tempoh pelanjutan akan dipertimbangkan setelah
mendapat pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia.
MENJUNJUNG SYIAR
MEMAJU UMMAH
SYED FAIZUDDIN PUTRA
IBNI TUANKU SYED SIRAJUDDIN JAMALULLAIL
D.K., S.P.M.P.,
P.A.T.
Raja Muda Perlis
Termaktub di Istana
Arau
02600 Arau
Perlis
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment