Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, March 16, 2020

COVID-19 : UTHM Kampus Pagoh Diarahkan Tutup



JOHOR BAHRU : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)  Kampus Pagoh ditutup keseluruhannya, mulai hari ini hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, susulan seorang tenaga pengajarnya disahkan positif COVID-19.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM, pagi in, langkah itu bertujuan menjaga keselamatan staf dan pelajar, sekaligus mengekang penularan virus berkenaan.


Loading...

Semalam media melaporkan kakitangan berkenaan dipercayai menghadiri perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu.

Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat dilaporkan mengesahkan kakitangan terbabit positif COVID-19 kelmarin dan sedang menerima rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru dengan keadaannya dilaporkan stabil.


Loading...

Sebagai langkah proaktif, UTHM juga sudah membuat pengesahan bagi mengenal pasti individu yg mempunyai kontak secara langsung dengan tenaga pengajar terbabit supaya mereka menjalani saringan yang diadakan mulai hari ini di Kampus Pagoh dan Kampus Induk Parit Raja.


Loading...

Sementara itu Naib Canselor UTHM, Prof Datuk Dr Wahid Razzaly ketika dihubungi memaklumkan hampir 3,000 kakitangan dan pelajar yang terjejas di Kampus Pagoh diarahkan menjalani kuliah serta kelas secara dalam talian hingga makluman lanjut. - BH ONLINE



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages