SRINAGAR: Seorang
penduduk sebuah kampung di pedalaman Kashmir dilaporkan berlakon sudah mati dan
cuba melepasi sekatan polis untuk pulang ke rumah dengan menaiki ambulans.
Hakim Din, 70,
dikatakan dirawat di sebuah hospital di Jammu kerana mengalami kecederaan kecil
di kepala dan terperangkap berikutan pihak berkuasa mengisytiharkan perintah
berkurung
Warga emas itu
kemudian menerima cadangan seorang pemandu ambulans supaya dia berpura-pura
mati untuk melepasi sekatan jalan yang dilakukan ketika perintah berkurung
dilaksana di negara ini.
Dia bersama tiga
lagi lelaki menaiki ambulans itu kerana mahu kembali ke Poonch, sebuah wilayah
yang bersempadan dengan Pakistan.
Suprintendan Polis,
Ramesh Angral, berkata empat lelaki dan pemandu ambulans itu memandu lebih 160
kilometer dan melepasi banyak sekatan jalan menggunakan sijil kematian palsu.
Loading...
"Ambulans itu
bagaimanapun dihentikan di sekatan terakhir dan polis mendapati lelaki yang
diselubungi kain dalam kenderaan itu kelihatan masih hidup," katanya.
Tambah Angral,
lelaki itu ditahan serta dikuarantin dan semua yang ditangkap akan berdepan
dengan tuduhan menipu selain melanggar arahan kerajaan.
Ketika ini, tiada
kes COVID-19 dilaporkan di wilayah Poonch, namun India sudah menetapkan 21 hari
perintah berkurung sejak Rabu lalu, untuk menangani pandemik berkenaan.
Negara yang
mempunyai lebih 1.3 bilion penduduk itu sudah mencatat lebih 1,600 kes
termasuklah 38 kematian.
Kebanyakan penduduk
Kashmir terkandas di bandar dan tidak mampu pulang semula ke kampung mereka
selepas kerajaan mengumumkan perintah berkurung di seluruh negara itu.
Akses internet juga
dihentikan pada permulaan perintah itu, namun kini ia dihadkan dengan hanya
penggunaan 2G saja dan kebanyakan pengguna telefon bimbit tidak mampu mengakses
internet. - AFP/BHONLINE
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment