Empat perkara yang
patut dijadikan keutamaan kerajaan PN:
1. Rangkaian bekalan
makanan dan barangan keperluan asas tidak boleh putus.
- ini termasuk
topeng muka, sanitizer, PPE, alat bantuan pernafasan dan ubat. Selain mendapat
komitmen bekalan dari pengeluar dalam dan luar negara, kita patut galakkan
kilang-kilang tempatan untuk meningkatkan pengeluaran barang-barang ini yang
banyak bergantung kepada import.
- Jika krisis dunia
bertambah teruk, kita akan mengalami persaingan hebat dan kesukaran untuk
mendapati barang-barang ini.
- Masa itu tiada
jaminan kita akan dibekal walaupun kita tawarkan harga lagi tinggi. Sebab itu,
kita tidak boleh terlalu bergantung kepada negara-negara lain kerana ada
kemugkinan mereka akan mengharamkan eksport jika situasi bertambah teruk.
Loading...
2. "Get money
into the people's hands immediately."
- Bagi menyelematkan
ekonomi negara serta menjamin kelangsungan hidup golongan paling terjejas,
kerajaan mesti memberi bantuan kewangan yang mencukupi melalui pelbagai cara.
- ini termasuk
meningkatkan dan memperluaskan bantuan BR1M, membenarkan pengeluaran dari akaun
KWSP serta bantuan kepada mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau
diberhentikan kerja, peniaga kecil yang terpaksa tutup dan pekerja bergaji
harian seperti pemandu Grab dan pemandu teksi.
(Kembalikanlah juga
BR1M bujang bagi mereka di bawah umur 40 tahun. Hapuskan dasar tak masuk akal
PH untuk hanya bantu bujang berumur 40 tahun ke atas)
- Pada masa ini,
kerajaan tidak boleh kedekut lagi. Ini dah jadi matter of survival untuk
negara.
- Naikkan lagi
peruntukan bagi projek-projek kecil yang boleh dilaksanakan serta-merta.
Pastikan proses pemberian projek ini adalah amat cepat dan bayaran untuk projek
ini tidak lambat.
- Jika sekadar
menurunkan kadar faedah bank berkali-kali seperti yang dilaksanakan oleh rejim
gagalkrasi PH pun tak guna. Siapa nak beli kereta, beli rumah atau melabur
dalam bisness baru jika Covid belum dapat dikawal dan orang ramai tak ada duit
untuk belanja?
- Jika PM ke-7 masih
nak putar belit; dan hinakan saya lagi dengan dasar "cash is king"
itu pun, saya tak peduli lah. Sebab memang pada masa ini, cash is king kerana
kitaran wang dalam ekonomi tidak boleh berhenti.
3. Test, test and
test. Lepas itu, kuarantin jika perlu.
- kapasiti dan usaha
saringan mesti dipertingkatkan. Saya difahamkan bahawa KKM sudah pun merancang
untuk meningkatkan jumlah saringan harian dari 3,500 sehari ke lebih 10,000
sehari.
- Namun, kapasiti
ini masih tidak mencukupi kerana 10,000 sehari bermaksud 300,000 ribu orang
sebulan sahaja ataupun 1% daripada jumlah penduduk Malaysia
- lebih ramai dan
lagi laju kita mampu saring, lagi cepat kita dapat menghalang Covid untuk
merebak.
- Suruh atau runding
dengan rangkaian perubatan swasta serta syarikat insurans yang mengendalikan
MySalam untuk membiayai secara penuh atau berkongsi kos dengan kerajaan untuk
memberi ujian percuma kepada mereka yang percaya telah terdedah kepada risiko Covid.
Kos ujian yang perlu ditanggung oleh rakyat sebanyak RM700 seorang tak masuk
akal. Bagaimana golongan B40 mampu bayar?
- Ini bukan masa
untuk syarikat-syarikat swasta untuk mengaut keuntungan lebihan.
Loading...
4. Usaha untuk
menggalakkan orang ramai yang percaya mereka terdedah kepada risiko Covid untuk
menjalani saringan atau dikuarantinkan perlu ditingkatkan dan diperluaskan.
- Mereka perlu
disanjung sebagai hero bila mereka berani tampil ke depan untuk diuji dan
dikuarantin. Bukan dihina dan maklumat peribadi mereka ditularkan.
- Jika mereka
disahkan pernah ada kontak rapat dengan mereka yang didapati positif Covid,
mereka perlu dikuarantikan 14 hari secara mandatori juga walaupun ujian pertama
mereka didapati negatif.
- kerajaan perlu
memberi jaminan bahawa sesiapa yang dikehendaki untuk dikuarantin akan dibantu
dari segi bekalan makanan atau kewangan dalam tempoh itu.
- Individu-individu
yang tahu bahawa mereka pernah ada kontak rapat dengan orang yang disahkan
positif juga perlu jujur dan jangan melawat klinik atau swasta untuk dirawat
jika mereka jatuh sakit.
- Sebaliknya, mereka
perlu berhubung dengan KKM. KKM akan mengatur rawatan pakar kepada mereka
mengikut SOP. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment