Saya menerima banyak
pertanyaan kawan-kawan mengenai sahabat handai dan anak-anak yang tersangkut di
luar negara seperti Indonesia, Turki, India dan lain-lain.
Saya hanya boleh
nasihat mereka berhubung dengan kedutaan Malaysia yang terdekat.
Kalau baca twitter
dan Facebook H20 dan Kementerian Luar Negara, kerajaan melakukan pelbagai usaha
untuk membawa rakyat kita pulang.
Namun apabila
negara-negara dunia mula mengadakan “lockdown” maka lebih banyak usaha
diperlukan untuk membawa mereka pulang.
Kerajaan telah
membawa pulang lebih 2000 orang dan masih ada 3000 orang rakyat Malaysia di
lebih 50 buah negara.
Loading...
Kita tertakluk
dengan pelbagai peraturan dan prosedur.
Di sesetengah
negara, keadaan boleh menjadi tidak menyenangkan, sukar dan menyedihkan. Ini
risiko yang kita ambil apabila melawat sesetengah negara.
Ambil contoh India
sebuah negara begitu luas dan rakyat berjumlah 1.3 bilion.
Ada hampir 1000
orang lagi rakyat Malaysia di seluruh India. India bukan besar Singapura.
Justeru birokrasi
untuk mendapatkan rakyat kita yang terperangkap dalam lockdown pasti mengambil
masa yang lebih lama.
Para pemerintah di
sana juga ada masalah rakyat mereka yang lebih besar berbanding isu keadaan
tempat tidur rakyat kita di sana.
Loading...
Reuters
menganggarkan 4 juta rakyat India tiada tempat tinggal dan makanan sepanjang
lockdown.
Jadi janganlahlah
berharap masalah rakyat kita yang berada di negara lain ini satu kerja mudah
dengan panggilan telefon Perdana Menteri sahaja.
Keadaan sekarang
sudah berlainan kerana ia bencana yang melanda seluruh dunia, bukannya
terpencil kepada sebuah negara sahaja.
Dalam keadaan
sekarang kita hanya boleh berusaha, bersabar dan berdoa. Menyalah kerajaan
Malaysia atau negara lain tidak akan menyelesaikan masalah kita. - AB JALILBACKER
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment