Kata Dr Maszlee
Malik, wakil rakyat bodoh datang dari pengundi bodoh.
Hari ini saya hendak
memaparkan ‘herd mentality’ dalam kalangan masyarakat bandar yang mendapat
pendidikan tinggi, berbahasa inggeris dan sentiasa perasan mereka lebih bijak
dari menteri dan kakitangan kerajaan.
Adun Subang Jaya
Michelle Ng ini memaparkan satu berita palsu menyatakan Menteri Kesihatan
mengarah halangan perjalanan lebih 10KM dari rumah.
Malah beliau memberi
komen mempersoalkan radius tersebut mengaitkan dengan keperluan ke hospital.
Oleh sebab kepala
DAP telah membuat komen sedemikian, maka 80% komen yang dibuat oleh pembacanya
ialah memaki, memperlekeh dan mengutuk Dr Adham Baba tanpa membaca keseluruhan
pengumuman PKP oleh kerajaan.
Loading...
Faktanya, radius
10KM dari rumah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bukan Menteri
Kesihatan.
Kedua, dalam
pengumuman tersebut kerajaan telah menyatakan “ Untuk membeli makanan, barang
keperluan harian, ubat-ubatan atau makanan tambahan, pergerakan yang dibenarkan
hanya untuk radius tidak lebih 10 kilometer dari kediaman, atau ke mana-mana
tempat yang paling berdekatan dengan kediaman.”
Frasa “paling dekat
dengan rumah” bolehlah melebihi 10KM jika tiada hospital dalam radius 10KM.
Seterusnya frasa
beli ubat-ubatan tidak seperti dengan ‘medical treatment’.
Kenyataan MKN juga
jelas orang yang mempunyai alasan keluar dari 10KM boleh mendapatkan kebenaran
dari Balai Polis berhampiran.
Loading...
Patutlah DAP selalu
menang di Selangor, ramai pengundi geng baca tajuk dan berita merepek.
Dari sudut yang
lebih serius tindakan ADUN Subang Jaya (DAP) memetik berita yang mengelirukan
ini tampak mahu menghasut orang ramai membenci Perintah Kawalan Pergerakan.
Jika rakyat biasa
ditangkap dan didakwa mengapa pihak berkuasa tidak boleh mengambil tindakan ke
atas Adun ini? - AB JALIL BACKER
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment