SHAH ALAM: Empat
individu termasuk seorang Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang bermain
badminton di Dewan MBSA Seksyen 25, awal pagi semalam sudah ditahan polis.
Jurucakap khas Op
COVID-19 Polis Selangor, Asisten Komisioner Mohd Ismail Muslim, berkata ahli
majlis berkenaan serta tiga rakannya ditahan pagi tadi dan kini menunggu
perintah reman untuk didakwa kerana melanggar arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP).
“Empat individu
sudah ditangkap pagi tadi dan kita masih menunggu reman sebelum mendakwa mereka
mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit (langkah-langkah di dalam kawalan tempatan jangkitan 2020).
“Seorang daripada
mereka adalah Ahli Majlis MBSA yang dilantik atas kapasiti politik. Difahamkan
siasatan serta tindakan dalaman juga akan diambil oleh Datuk Bandar MBSA,”
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari
ini.
Loading...
Sementara itu, MBSA
menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa tindakan ahli majlis berkenaan
adalah satu pencerobohan kerana sepanjang PKP berkuat kuasa, dewan-dewan
ditutup dan aktiviti sukan atau riadah tidak dibenarkan.
“Kami dukacita
terhadap insiden ini dan satu surat memohon penjelasan sudah diberikan kepada
ahli majlis berkenaan serta satu laporan disediakan kepada pihak kerajaan
negeri untuk tindakan selanjutnya kerana kedudukan ahli majlis dalam sesebuah
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah lantikan kerajaan negeri.
“Kita menyerahkan
kepada pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan malah
MBSA juga ingin memaklumkan bahawa tidak akan berkompromi dengan mana-mana
individu, organisasi atau kumpulan termasuk penjawat awam yang melakukan
kesalahan sepanjang PKP ini dikuatkuasakan,” katanya.
Terdahulu, tindakan
tidak bertanggungjawab ahli majlis bersama tiga rakannya bermain badminton di
Dewan MBSA di Seksyen 25 awal pagi semalam tular di Facebook komuniti warga
Shah Alam.
Loading...
Menerusi satu
kenyataan yang dikongsikan di Facebook, difahamkan pasukan dari Unit Pantas
MBSA menerima laporan sekitar jam 1 pagi mengenai aktiviti di dewan berkenaan
dan hasil pemeriksaan mendapati empat lelaki termasuk seorang ahli majlis
sedang bermain badminton.
Menurut perkongsian
itu, sebuah kereta peronda polis dan dua anggota turut tiba di lokasi ekoran
mendapat aduan yang sama.
Polis tidak membuat
tangkapan sebaliknya memberi teguran supaya ahli majlis berkenaan tidak
mengulangi kesalahan yang sama. - BHONLINE
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment