
Saya perhatikan
media-media pro-PH dan penyokong serta pemimpin PH sedang memainkan isu orang
yang tak layak menerima bantuan prihatin.
Mereka kata kerajaan
PN memalukan, bodoh dan tak efisien.
Ini pendapat saya:
1. Fokus kerajaan
masa krisis Covid ini ialah menyalurkan seberapa bantuan yang mampu kepada
seberapa ramai orang dengan kelajuan secepat mungkin supaya kitaran wang dalam
ekonomi ditingkatkan dan golongan yang paling terkesan dan dalam kecemasan
dapat dibantu.
Fokus kerajaan
sekarang bukan untuk tapis dan menapis siapa yang patut dibantu atau tidak
patut dibantu - seperti dalam zaman Gagalkrasi PH.
2. Senarai nama yang
digunakan oleh kerajaan PN yang baru sebulan memerintah adalah dari database
BSH serta database LHDN.
Jika database ada
kelemahan, ianya juga diwaris dari zaman PH.
Patutkah kerajaan PN
menggunakan masa berbulan-bulan untuk membersihkan dan menapis senarai sebelum
proses bayaran bantuan boleh bermula?
Loading...
3. Siapa yang ingat
kisah saudara Ishak Awi, seorang OKU dari Kuala Terengganu?
Dulu dia mendapat
bantuan dari kerajaan BN tetapi di bawah PH, Encik Ishak tidak lagi dibantu -
sehngga dia perlu berulang-alik ke pejabat LHDN beberapa kali untuk merayu.
Adakah kerajaan PN
patut mengulang kesilapan kerajaan PH pada masa krisis Covid ini?
4. Sebab itu, fokus
media dan pemimpin PH pada masa ini BUKAN siapa yang tak layak dibantu
kerajaan.
Fokus patut kepada
siapa yang layak tetapi tidak dibantu kerajaan.
Kerajaan PN tidak
patut hirau orang PH ini yang hanya kuat mengkritik tetapi fokus untuk
mengenalpasti siapa yang layak dibantu tetapi terlepas dari dibantu.
Ianya lebih baik
untuk salah bantu dua orang yang kononnya tidak layak berbanding gagal membantu
seorang yang amat memerlukan bantuan segera.
Dan sesiapa yang
rasa mereka telah salah dibantu kerajaan, boleh salurkan bayaran itu kepada
Tabung Covid kerajaan.
(Akaun
16010001138714, Bank Muamalat - Tabung Bantuan Bencana Negara).
Ini masa krisis yang
amat luar biasa.
Kerajaan tiada masa
untuk terlalu berkira dengan Rakyat. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...