
1. Ramai yang 'trigger' tidak menentu apabila saya mengkritik kerajaan dalam beberapa hal mengenai Covid-19.
2. Apabila kita
mengkritik kerajaan dalam hal ini bukan bermakna kita mengkritik petugas
kesihatan di barisan hadapan. Kita mengkritik polisi!
3. Kita kritik
polisi bukan kerana kita berasa pandai dan kerajaan bodoh. Kita memberi
pandangan kritikal kerana mahu menambah baik dan mencari jalan terbaik
mengatasi Covid-19 ini.
4. Beberapa minggu
lalu ramai yang marah saya apabila mempertikaikan keputusan kerajaan
mengarahkan 'self-quarantine' kepada mereka yang terkait dengan kontak pesakit
Covid-19 dan yang baru pulang dari luar negara.
5. Alhamdulillah
sekarang kerajaan mengarahkan kuarantin di tempat khas kepada mereka yang
pulang dari luar negara.
Loading...
6. MALANG sekali
arahan ini tidak termasuk 11 ribu orang rakyat Malaysia yang bekerja di
Singapura. Mereka hanya diminta menunjukkan pengesahan sihat dari pihak
perubatan Singapura dan diminta kuarantin di rumah selama 14 hari.
7. Kita semua tahu
sepanjang sebulan lalu, kuarantin 14 hari di rumah adalah satu kegagalan
serius.
8. Semalam sahaja
1,169 rakyat Malaysia menyeberangi Selat Terberau masuk semula ke negara ini.
Saya sangat ragu-ragu pihak berkuasa Singapura telah melakukan ujian saringan
Covid-19 seperti mana Malaysia lakukan.
9. Menurut NST
Singapura pihak berkuasa kesihatan negara itu menjalankan saringan sekitar 2800
sampel setiap hari. (https://www.straitstimes.com/…/covid-19-tests-stepped-up-to…)
10. Justeru apabila
11 ribu orang ini diarahkan pulang, mustahil Singapura akan mengutamakan
pemeriksaan Covid-19 ke atas mereka berbanding rakyatnya.
11. Saya khuatir
mereka yang pulang dengan sijil pengesahan kesihatan ini hanya menjalani
saringan kit ujian yang dalam percubaan dan belum setepat saringan yang
dilakukan oleh Malaysia.
Loading...
12. SEBELAS ribu
orang ini apabila kuarantin di rumah akan ada kontak dengan keluarga. Inilah
yang terjadi kepada kes kluster tabligh, Italy dan mereka yang pulang dari luar
negara melakukan kuarantin di rumah.
13. Setelah hampir
sebulan PKP, mengapa kerajaan mengulangi kesilapan yang sama? Adalah lebih
wajar 11 ribu orang ini di kuarantin di tempat khas seperti mana mereka yang
pulang dari luar negara.
14. Kerajaan tidak
boleh mengambil mudah hanya kerana isu logistik dan infra. Hotel-hotel di Johor
Baru semuanya kosong sekarang, gunakanlah.
15. Jangan ulangi
kekurangan lalu dalam prosedur pengasingan dan penyediaan prasarana ujian
sehingga menyebabkan kita terpaksa menyambung PKP.
16. Yang lepas
anggaplah telah berlalu, namun masa hadapan ini perlukan kebijaksanaan
pemerintah tidak mengulangi masalah yang sama. - AB JALIL BACKER
Join our Telegram Channel
Loading...