
Apakah Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM)?
Skim Pembiayaan
Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (CBRM ) ialah skim pembiayaan
mikro yang ditawarkan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan yang
terjejas kesan daripada wabak COVID-19. Skim ini bertujuan menyediakan
pembiayaan suntikan modal pusingan kepada syarikat dan usahawan mikro yang
terjejas akibat wabak COVID-19.
Siapakah yang layak untuk memohon Skim CBRM?
Usahawan mikro yang
memenuhi kriteria di bawah :
1. Usahawan mikro yang
perniagaan mereka terjejas akibat wabak COVID-19
2. Warganegara Malaysia
(Bumiputera / India)
3. Perniagaan
dijalankan secara sepenuh atau separuh masa
4. Mempunyai
pendaftaran SSM atau Permit PBT (Lesen Penjaja)
5. Tidak disenarai
hitam dengan institusi kewangan lain
6. Bebas daripada
tindakan kebankrapan
7. Mempunyai rekod
bayaran balik yang baik dengan TEKUN Nasional (untuk usahawan sedia ada)
Loading...
Apakah jenis sektor perniagaan yang layak untuk
memohon Skim CBRM?
Terbuka kepada semua
sektor perniagaan
Berapakah amaun pembiayaan yang ditawarkan di bawah
Skim CBRM?
Skim Pembiayaan
Pemulihan Perniagaan Sektor Mikro TEKUN Nasional (RM1,000 – RM10,000)
Berapa lama tempoh pembiayaan Skim CBRM?
Sehingga tempoh
maksima 3 tahun ( 36 bulan ) dan tempoh penangguhan 6 bulan
Berapakah kadar keuntungan bagi Skim CBRM?
Tiada kadar
keuntungan dikenakan
Apakah dokumen
sokongan yang diperlukan?
Dokumen yang diperlukan adalah :
Usahawan Baru
1. Borang Permohonan
Pembiayaan TEKUN (JPP/BORANG/02)
2. Borang Penzahiran
Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17)
3. Salinan Sijil
Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lesen
Perniagaan dengan
4. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
4. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
5. Salinan Kad
Pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
6. Salinan Penyata
Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
7. Salinan salah satu
Bil Utiliti terkini (elektrik /air / telefon)
Usahawan TEKUN sedia
ada
1. Borang Permohonan
Pembiayaan TEKUN (JPP/BORANG/25 )
2. Borang Penzahiran
Kebenaran Maklumat Individu (JPP/BORANG/17)
3. Salinan Penyata
Akaun Bank untuk 1 bulan terkini
Loading...
Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk kelulusan
permohonan?
7 hari bekerja
selepas borang permohonan yang lengkap diterima.
Saya berminat untuk membuat permohonan Skim CBRM,
bagaimakah kaedah permohonan tersebut?
Usahawan boleh
menghantar permohonan melalui google form https://tinyurl.com/PermohonanCBRM
atau emel cbrm@tekun.gov.my
Usahawan juga perlu
melayari laman portal TEKUN Nasional untuk mendapatkan borang permohonan
pembiayaan skim ini. Klik tajuk di bawah untuk muat turun borang.
Bagi Usahawan TEKUN sedia ada yang membuat permohonan melalui Google form, salinan kad pengenalan dan salinan salah satu bil utiliti perlu dilampirkan. Salinan dokumen ini dikecualikan jika permohonan dibuat melalui emel.
Bagaimanakah cara-cara untuk mendapatkan maklumat
lebih lanjut mengenai permohonan Skim CBRM?
Untuk mendapatkan
maklumat lebih lanjut mengenai permohonan Skim CBRM boleh menghubungi TEKUN Nasional di talian 03
– 9059 8888 ( 9 pagi – 5.00 petang /
hari bekerja sahaja ) atau layari www.tekun.gov.my
Adakah TEKUN Nasional melantik mana-mana pihak ketiga
untuk menguruskan permohonan pembiayaan skim CBRM ini?
Pihak TEKUN Nasional
tidak melantik ejen atau pihak ketiga dalam menguruskan permohonan pembiayaan
skim CBRM ini.
Anda adalah dinasihatkan untuk menghubungi terus pihak TEKUN sekiranya tidak menepati syarat-syarat kelayakan memohon seperti di atas.
Anda adalah dinasihatkan untuk menghubungi terus pihak TEKUN sekiranya tidak menepati syarat-syarat kelayakan memohon seperti di atas.
Join our Telegram Channel
Loading...