ARAU: Seramai 500
ahli PKR Perlis mengisytiharkan keluar parti kerana hilang kepercayaan terhadap
kepimpinan presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Cabang Arau,
Izhar Kamaruddin Sudin mendakwa seramai 300 ahli daripada Cabang Arau dan 200
ahli Cabang Padang Besar telah bertindak keluar parti.
Loading...
"Kami semua
bertindak keluar parti kerana Majlis Pimpinan Negeri (MPN) gagal mengutamakan
kebajikan di peringkat akar umbi selain hilang kepercayaan terhadap
Anwar," katanya kepada media di sini, hari ini.
Antara barisan
kepimpinan PKR Perlis yang turut keluar parti ialah bekas pengerusi PKR negeri,
Mohd Faisol Abd Rahman, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perlis,
yang juga Ketua AMK Arau, Khairul Aqran Saffie dan Timbalan Ketua Cabang Padang
Besar, Ahmad Sofi Abdul Manah.
Loading...
Beliau berkata
kesemua ahli yang keluar parti akan digerakkan menerusi sebuah badan bukan
kerajaan (NGO) di bawah Penggerak Muafakat Nasional Perlis yang akan ditubuhkan
dalam tempoh terdekat.
-- BERNAMA
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment