Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, March 30, 2020

BRIM/BSH: Maksud Cash is KING yang sebenarnya



Saya jawab saudara ini yang post benda yang sama merata-rata.

BR1M ditambah dan diberi SETIAP tahun dari tahun 2012 hingga 2018 - bukan hanya pada tahun PRU sahaja.

Teori ekonominya begini:

Kita guna GST untuk ambil duit dari ekonomi gelap dan orang kaya yang berbelanja lebih banyak berbanding orang miskin

Duit itu kemudian diagihkan kepada golongan B40 dan pembangunan luar bandar (termasuk di Sabah dan Sarawak seperti Pan Borneo Highway).


Loading...


Golongan B40 ada "marginal propensity to consume" iaitu kadar kecenderungan untuk berbelanja yang lebih tinggi berbanding orang kaya.

Maksudnya ialah golongan berpendapatan rendah akan lebih cendurung untuk berbelanja apabila diberi wang yang lebih berbanding orang kaya yang mungkin akan simpan wang yang lebih.

Kebanyakkan Golongan B40 juga ada di luar bandar, di pantai timur dan di Sabah/Sarawak.

Ekonomi tempatan di kawasan kurang maju pun didokong dan dirancakkan dengan perbelanjaan golongan B40 serta projek-projek pembangunan di sana.

Oleh kerana kawasan-kawasan ini kurang membangun, maka kadar pertumbuhan ekonomi dan economic multiplier effect di sana apabila diberi suntikan wang akan lebih tinggi berbanding kawasan yang sudah membangun.

Dengan ini juga, kita dapat mengimbangkan ekonomi pantai barat dan pantai timur.

Loading...


Dan kita juga menaikkan ekonomi tempatan supaya kita mencapai keseimbangan dengan ekonomi eksport supaya kita kurang terdedah kepada kejutan-kejutan luar negara seperti harga komoditi yang tiba-tiba jatuh, perang dagang atau negara-negara maju yang merupakan rakan dagang utama mengalami kemelesetan ekonomi.

Apabila ekonomi luar teruk, kita masih boleh bergantung kepada ekonomi tempatan (domestic economy).

Sebab itu, negara tidak pernah mengalami kemelesetan ekonomi sepanjang masa saya PM walaupun harga komoditi tiba-tiba jatuh teruk seperti harga minyak dan harga sawit pada tahun 2014 hingga 2016.

Malah, pertumbuhan ekonomi kita antara paling tinggi di rantau ASEAN sepanjang tempoh itu.

Tidak seperti tahun 1985 dan tahun 2001 di mana ekonomi Malaysia mengalami kemerosotan apabila harga komoditi dunia jatuh teruk pada masa negara-negara maju mengalami kemerosotan ekonomi.

Pada masa yang sama jurang pendapatan antara kaya dengan miskin juga dirapatkan manakala mereka yang memerlukan mendapat sedikit bantuan pada masa mereka tengah susah.

Sekian. - NAJIB RAZAK



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages