Memandangkan semua
coffee house, hotel, kelab dan pelbagai sumber rasuah ditutup kerana pandemik
Covid-19, maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) patut membuka fail
menyiasat rundingan semula projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Terdapat surat
menyatakan projek ECRL telah pun dibatalkan pada Januari 2019. Tidak ada
sesiapa menafikan kepalsuan surat tersebut. (Lihat: https://www.thesundaily.my/…/najib-criticises-ph-s-ecrl-inc…)
Tiba-tiba pada April
2019, Tun Daim Zainuddin berjaya meyakinkan kerajaan Malaysia dan China
Commuications Construction Company Ltd (CCCC) untuk meneruskan projek ini
dengan kos RM44 bilion dan penyimpangan besar dari pelan asal.
Pakatan Harapan (PH)
sebelum itu mendakwa kos pembinaan ECRL yang sebenar ialah sekitar RM30 bilion
sahaja. Maka kerajaan lama dituduh menaikkan kos lebih RM25 bilion bagi
membayar hutang 1MDB. (Lihat: https://www.theedgemarkets.com/…/tony-pua-govts-previous-fe…)
Loading...
Jadi kita ingin
bertanya mengapa pelan baru ECRL boleh jadi mahal RM14 bilion dari kiraan Tony
Pua ke atas pelan yang lebih canggih dan panjang?
Untuk rekod pelan
baharu telah mengurangkan stesen, memendekkan landasan sebanyak 40KM dan
membatalkan Terowong Genting yang mesra alam sekitar yang bernilai RM10 bilion.
Jadi secara
logiknya, jika mengikut pelan asal ECRL, kos (kajian Tony Pua yang merupakan
perancang kewangan penting kerajaan PH) hanya RM30 bilion, bagaimana ia menjadi
RM44 bilion setelah pelan baru dibuat?
Berdasarkan
kenyataan Tony Pua mengenai pelan asal, maka ECRL pelan baharu ini sepatutnya
berharga lebih murah mungkin sekitar RM20 bilion; atau seperti dakwaan Dr
Mahathir sepatutnya hanya RM10 bilion (https://www.malaysiakini.com/news/440637)
Maka sudah tiba
masanya SPRM bertanya Tun Daim Zainuddin mengapa kos boleh menjadi sebegitu
mahal.
Loading...
Dr Mahathir boleh
membina ECRL asal dengan RM10 bilion. Tony Pua boleh membina ECRL asal dengan
kos RM30 bilion. Jadi mengapa Daim merundingkan pembinaan ECRL yang lebih jimat
kos pada harga RM44 bilion?
Apakah ini
perancangan menaikkan harga pembinaan dan kemudiannya meletakkan
syarikat-syarikat tertentu sebagai kontraktor pelaksana dengan harga lebih
tinggi dari sepatutnya.
Justeru kita juga
mahu SPRM menyiasat siapakah yang mendapat tender-tender pembinaan ini. Apakah
ia ada kena mengena dengan kumpulan Daim?
Cara MRL menguruskan
pemilihan kontraktor sangat meragukan berbanding dalam projek MRT. Dalam projek
MRT, nama-nama kontraktor yang menang tender mengikut fasa diumumkan kepada
awam dan dipaparkan dalam laman web mereka.
Dalam kes ECRL tiada
sebarang paparan nama kontraktor yang diberi kontrak pembinaan.
Kita tidak menuduh
berlaku penyelewengan, namun angka-angka yang didakwa oleh Tony Pua dan Dr
Mahathir jauh lebih rendah dari rundingan Daim. Kita mahu tahu jawapan mengapa
ini boleh terjadi. - AB JALIL BACKER
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment