Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, March 30, 2020

PKPD: Full Lockdown, Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur


KENYATAAN AKHBAR
MENTERI KANAN (KLUSTER KESELAMATAN)
MENGENAI 
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)
DI MENARA CITY ONE, JALAN MUNSHI ABDULLAH, KUALA LUMPUR

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan terdapat 17 kes 
positif jangkitan COVID-19 di Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala 
Lumpur.

Mengambil kira jumlah kes tersebut, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan 
telah memutuskan untuk melaksanakan arahan ketiga Perintah Kawalan 
Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order).

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini melibatkan 3,200
orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan di menara 
itu. Perintah ini akan berkuatkuasa mulai 31 Mac 2020 hingga 13 April 2020.


Loading...


Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 
daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan 
kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Dengan pelaksanaan perintah ini:
· Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang 
tempoh perintah dikuatkuasakan.

Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut
sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.


Loading...


· Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan
(essentials) di menara tersebut.

· Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar di lobi
keselamatan pintu utama menara.

· Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

· Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

· Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
(APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh
kawasan.

Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penghuni diminta untuk bertenang dan
memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta
mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penghuni yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan
boleh menghubungi talian khas 03-2694 3243/ 03-4026 7222 atau 013-329 5141.

DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
30 Mac 2020





Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages