Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, April 1, 2020

COVID-19: Lelaki ini tidak layak terima imbuhan namun sangat gembira dengan beberapa inisiatif yang diumumkan kerajaan.



Saya bertanya seorang sahabat, apa pandangan beliau mengenai Inisiatif Rakyat yang dilancarkan oleh kerajaan dalam suasana Covid-19 ini hanya menumpukan kepada B40 dan sebahagian M40.

Beliau menjawab begini:

Terima Kasih #PrihatinRakyat!

Saya tidak layak menerima imbuhan tunai kerana gabungan pendapatan saya dan isteri berada di luar siling RM8,000 sebulan namun saya sangat gembira dengan beberapa inisiatif yang diumum kerajaan.

Pendapatan isi rumah saya sekitar RM12,000 sebulan. Apabila berlaku PKP perniagaan saya turut merosot kerana bergantung kepada perniagaan dan pendapatan harian.


Loading...


Saya perlu membayar rumah dan insurans sekitar RM4000 sebulan dan kereta RM2000 sebulan. Saya juga mempunyai tanggungawab kepada AKPK RM3000 sebulan.

Memang perit kerana ekonomi kita telah sedia jahanam selama 22 bulan ini.

Perniagaan tidak berkembang sebaik mana pun. Ansuran hutang sentiasa bergilir-gilir antara bulan supaya tidak melebihi 3 bulan.

Apabila kerajaan menangguhkan semua bayaran ansuran pinjaman selama 6 bulan, ia telah mengurangkan bebanan yang sangat besar. Bahkan boleh dikatakan pucuk dicita ulam mendatang.

Bayangkan tiada lagi panggilan bank mengutip hutang setiap bulan selama 6 bulan.

Walaupun kerajaan tidak beri saya RM1600, namun pengecualian yang dibuat ini membolehkan saya bernafas dan membuat simpanan kecemasan dari kelonggaran itu

Loading...


Sukar memang sukar apabila memikirkan gaji pekerja, dan sewa kedai. Namun dengan pengecualian itu dengan sedikit simpanan in sha Allah saya masih boleh 'survive' dalam tempoh PKP ini.

Memang benar kerajaan banyak mengutamakan kumpulan B40 dan M40. Namun fahamilah keperluan mereka sebenarnya lebih mendesak, dan kerajaan bukan 'santa claus'.

Masa sukar adalah masa untuk bertolak ansur.

Selepas tamat PKP nanti, percayalah ekonomi akan perlahan-lahan pulih dan saya mungkin mampu menyimpan sekitar RM 5000 sebulan selama 3-4 sebelum berakhirnya tempoh penangguhan yang diberikan.

Saya akan sentiasa memikirkan hal yang positif. - AB JALIL BACKER



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages