RIYADH: Arab Saudi
menggesa umat Islam untuk menangguhkan rancangan untuk menunaikan haji sehingga
wabak COVID-19 dapat dikawal.
Menteri Haji dan
Umrah, Mohammed Saleh Benten, berkata Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji
dan umrah.
“Tetapi keadaan
semasa ketika kita bercakap mengenai wabak global, kerajaan mahu melindungi
kesihatan umat Islam serta rakyat.
“Oleh itu, kita
meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji
sehingga keadaannya jelas,” katanya kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di
negara itu.
Loading...
Selain menangguhkan
haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan
menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk
Makkah dan Madinah.
Bulan lepas, Arab
Saudi menghentikan kemasukan jemaah umrah untuk sepanjang tahun ekoran
kebimbangan terhadap penularan COVID-19.
Kira-kira 2.5 juta
jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Makkah dan Madinah untuk
ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. - AFP
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment