Dalam sidang akhbar,
bekas Menteri PH mempertikaikan langkah kerajaan PN untuk membayar bantuan
bulanan RM600 kepada pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji akibat wabak
Covid.
Dia kata ini kerana
pendapatan negara sudah berkurang akibat harga minyak dunia jatuh dari US$62 ke
bawah US$30 dalam tempoh 3 minggu lalu.
“Saya fikir
kedudukan kewangan kerajaan sekarang menjadi sangat-sangat runcing,” katanya
dalam sidang media Majlis Setiausaha Pakatan Harapan.
Loading...
Eh.. Pudin.
Habis itu?
Kerajaan PN tak
perlu bantu Rakyat yang terjejas ke?
Siapa yang jarah
RM104 bilion dari Petronas, naikkan kebergantungan kerajaan kepada hasil minyak
(dependency on oil revenues) dari 12.7% pada akhir 2017 ke 33% dan menyebabkan
Petronas diturunkan penarafan buat kali pertama dalam sejarah pada bulan Jun 2019
lalu?
Siapa yang
tingkatkan defisit negara tiap-tiap tahun selepas PRU14 dengan banyak dan siapa
yang meminjam RM140 bilion masa mereka kerajaan sehingga nisbah hutang negara
naik dari 48.7% pada Mac 2018 sebelum PRU14 ke 53% tahun lalu sehingga kerajaan
PN tiada ruang yang besar untuk pakej rangsangan ekonomi?
Loading...
Sekarang mahu
sembang pulak.
Kerajaan PN, jangan
hirau orang ini.
Teruskan untuk
membantu Rakyat terjejas seberapa yang mungkin. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment