Saya diberitahu oleh
beberapa doktor bahawa ada ahli keluarga yang mengeluarkan kata-kata tidak elok
dan bertindak agresif terhadap petugas apabila tidak dibenarkan masuk melawat
pesakit di hospital.
Ahli keluarga
pesakit perlu faham bahawa tujuan had dan larangan melawat dilaksanakan dalam
tempoh kritikal ini ialah untuk mengurangkan risiko bagi semua termasuk ahli
keluarga pesakit sendiri.
Biar
petugas kesihatan menjalankan tugas mereka iaitu memastikan kesihatan rakyat
dalam keadaan baik. Kan itu tugas mereka.
Loading...
Kita sekarang berada dalam "window period"
yang agak sempit.
Waktu keemasan ini (golden time), jika kita tidak
manfaat sebaik mungkin, kita akan kehilangan dan gagal untuk jangka waktu
panjang.
If we lose this "war", we have no one to
blame but ourselves.
Saya cadangkan agar KKM dibenarkan untuk membantu
melakukan "video call" pada waktu ini antara pesakit dengan ahli
keluarga bagi mengurangkan direct contact. Ini hanya satu saranan.
Ya saya faham tentang sudut kerahsiaan
(confidentiality).
Loading...
Mungkin pihak KKM dapat mempertimbangkan melakukan
video call pada waktu melawat sahaja dan hanya wajah pesakit sahaja dibenarkan
dengan tidak mengambil video di persekitaran wad / hospital.
Dan phone yang digunakan hendakkan "sterile"
(bersih) terlebih dahulu.
Atau dengan apa cara sekali pun yang pihak KKM
berpendapat dapat mengurang "direct contact" ini.
Apapun, jika arahan sudah dikeluarkan oleh pihak
hospital, kita semua perlu patuh kerana itu semua untuk kebaikan anda semua
bagi jangka masa panjang, bukan untuk menyusahkan anda.
Mereka bantu anda. Dan anda bantulah mereka. - NAJIBRAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment