Negeri Sembilan :
Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus telah membuat keputusan untuk
menangguhkan semua aktiviti di masjid dan surau seluruh negeri berkenaan
termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat selama sepuluh hari bermula 17-27 Mac
2020.
Loading...
Dalam tempoh
tersebut semua masjid dan surau dikehendaki membuat operasi pembersihan dan
penyahkuman sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan jangkitan.
Perlanjutan atau
penamatan tempoh sepuluh hari berkenaan tertakluk kepada nasihat dan pandangan
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Loading...
Arahan penangguhan
ini adalah berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia dan perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Khas yang
telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Ianya juga
berdasarkan kepada situasi wabak Covid-19 yang semakin kritikal susulan
gelombang kedua penularan selepas penemuan positif Covid-19 dalam kalangan
16,000 jemaah yang menghadiri Jodr Qudama' dan Ulama' Malaysia anjuran Jemaah
Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumpur.
Loading...
Berikutan itu,
tatacara dan prosedur pengurusan jenazah juga dikeluarkan sekiranya terdapat
kes yang melibatkan kematian akibat Covid-19.
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment