Institut
Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta orang di
Malaysia akan hilang kerja dan meramalkan ekonomi Malaysia akan menyusut 3%
hingga 4% akibat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan dua minggu
kerana krisis Covid.
Oleh kerana ramai
masih muda atau sudah lupa, mari kita belajar dari sejarah sekejap.
Pada tahun 2009
juga, Malaysia juga mengalami krisis ekonomi amat teruk akibat the Great
Recession iaitu kemelesetan ekonomi paling teruk sejak tahun 1930an.
Ekonomi Malaysia
menyusut 6.2% pada suku pertama tahun 2009 sebelum saya jadi PM pada 9 April
2009.
(Susutan 6.2% pada
suku pertama 2009 ini lagi parah berbanding ramalan MIER semalam bahawa ekonomi
kita turun 3-4% kerana Covid)
Loading...
Saya terus
melaksanakan dua pakej rangsangan ekonomi yang amat besar.
Tetapi pada masa itu
juga, DAP asyik mengkritik kerajaan BN kerana mereka tuduh pakej-pakej
rangsangan ekonomi yang saya buat itu tak cukup besar.
Lim Guan Eng kata
pakej rangsangan tak cukup besar dan efektif:
"Pakej
Rangsangan Ekonomi RM 60 Bilion Sebenarnya Indah Khabar Dari Rupa"
Lim Kit Siang juga
keluarkan kenyataan bahawa pakej-pakej rangsangan ekonomi saya telah gagal.
"Najib’s two
RM67 billion economic stimulus packages are both failures "
Ini serupa apa yang
sedang berlaku pada hari ini apabila PH asyik kritik langkah-langkah kerajaan
PN dan mendesak bahawa pakej rangsangan sebanyak RM150 bilion dilaksanakan.
"March 25, 2020
: PH cadang kerajaan peruntuk tambahan RM150 bilion pakej rangsangan
ekonomi"
Tetapi, Guan Eng dan
Kit Siang terbukti salah kerana pakej-pakej rangsangan ekonomi saya terbukti
terkesan.
Pertumbuhan ekonomi
(KDNK):
Suku 1 2009 (sebelum
saya jadi PM): -6.2%
Suku 2 2009: -3.9%
Suku 3 2009: -1.2%
Suku 4 2009: +4.3%
Suku 1 2010: +10.3%
Suku 2 2010: +9.4%
Loading...
Oleh kerana
pakej-pakej rangsangan ekonomi tahun 2009 dan 2010 itu amat berjaya, ramai tak
perasan bahawa kita mengalami krisis ekonomi amat teruk dan ramai yang tidak
kehilangan kerja masa itu walaupun besar kemungkinan ia akan menjadi lagi parah
berbanding tahun 1997-1998 jika kita tak bendung dengan laju dan ekeftif masa
itu.
Namun, hutang negara
melonjak tinggi pada tahun 2009 dan 2010 itu akibat pakej-pakej rangsangan
ekonomi sehingga nisbah hutang negara naik lebih 10% (tetapi diturunkan 8 tahun
berturut-turut selepasnya masa saya PM).
DAP pun gunakan isu
hutang ini untuk tuduh saya memufliskan dan menjahanamkan negara selama 10
tahun berturut-turut dari tahun 2010 hingga 2020 kerana saya telah menaikkan
hutang negara (tapi mereka tak sebut pulak kenaikan kekayaan negara sebanyak
RM1.2 trilion dari RM800 bilion ke RM2 trilion pada masa saya PM).
Sebab itu,
percayalah bahawa selepas wabak Covid berakhir, PH akan tuduh kerajaan PN telah
menjahanamkan negara dengan menaikkan hutang negara dengan amat tinggi walaupun
ianya adalah kerana pakej-pakej rangsangan untuk Covid.
Masa depan itu juga,
tagline "selamatkan Malaysia" akan dikitar semula untuk PH
"selamatkan" negara yang dituduh sudah bankrap. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment