Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, March 30, 2020

"PH ternyata adalah pembangkang yang paling cekap & hebat." - Najib



Tak boleh dinafikan bahawa PH merupakan pihak pembangkang yang paling cekap dan paling hebat pernah ada di Malaysia.

Apa sahaja pun, mereka akan bangkang walaupun tak ada point sahih.

Kerajaan PN suruh tentera bantu polis untuk jaga tempoh PKP, mereka bangkang. Kata tak masuk akal dan kerajaan tak ada kuasa untuk gerakkan tentera.

(Anggota tentera dah turun hampir seminggu, ada cerita sekarang?)

Pakej Rangsangan besar yang diumumkan hari ini pun mereka bangkang kerana mereka mahu bangkang.

Loading...


Cukup hebat. Cukup lantang.

Itulah sebab saya kata dalam tempoh 22 bulan yang lalu kita ada kerajaan yang amat gagal dan pihak pembangkang yang lagi gagal dari gagalkrasi rejim PH.

Kita cuma bangkang apa yang benar-benar perlu bangkang dan bukan membangkang kerana mahu dilihat bangkang dan masuk newspaper.

Kita tak pandai fitnah, tak rajin hasut orangramai turun jalanraya untuk gulingkan kerajaan, tak pernah baring-baring tepi jalan, takut untuk menipu, tak berani pukuk-memukul dalam pemilihan parti kita, tak reti kecohkan parlimen dan tak pernah angkat placard beramai-ramai dalam dewan rakyat.

Kita cuma rajin sangkal fitnah-fitnah kerajaan, sering mendekati serta menjelaskan kepada Rakyat dan mengkritik dasar-dasar gagal kerajaan tipu sijil itu dengan fakta dan angka.

Loading...


Melihat BN gagal sebagai pembangkang, PM ke-7 pun gulingkan kerajaan PM ke-7 untuk kita.

Sebab itu, Rakyat Malaysia patut menghargai PH sebagai pembangkang yang paling hebat pernah ada.

Jangan sekali-sekali lucutkan tanggungjawab dan jawatan PH sebagai pembangkang lagi.

Nanti yang rugi, korang juga.

Kerana kehilangan pembangkang yang cukup berpengalaman dan cukup hebat.

(dan juga kehilangan peluang untuk tengok lagi Mat John dan kekanda baring tepi jalan raya). - NAJIB RAZAK



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages