Kenapa pesakit Covid
perlu mohon maaf?
Mereka tak bersalah.
Tak menyalahi sebarang undang-undang Malaysia.
Ramai lagi orang
ternama termasuk bintang Hollywood yang positif Covid juga.
Bukan mereka yang
mahu dijangkit pun.
Loading...
Mereka adalah
mangsa.
Ini termasuk mereka
yang behubung dengan KKM secara sukarela kerana mereka tahu mereka telah
terdedah kepada risiko Covid dan dikehendaki untuk disaring atau perlu melalui
tempoh kuarantin.
Mereka berani.
Mereka bertanggungjawab dan patut dipuji.
Bukan dikeji atau
dihina.
Data peribadi dan
identiti mereka tak patut disebar melalui media sosial kecuali dengan kebenaran
mereka.
Loading...
Yang bersalah di
bawah undang-undang pula ialah mereka yang tahu mereka pernah ada kontak rapat
dengan pesakit disahkan positif tetapi tidak mahu berdepan dengan masalah dan
tidak mahu berhubung dengan pihak berkuasa.
Sebab itu, jangan
rasa terhina atau malu untuk berhubung dengan KKM atau pihak berkuasa lain jika
kamu percaya kamu perlu disaring atau dikuarantin.
Jadilah hero yang
berani dan bertanggungjawab. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment