Ramai
pemimpin-pemimpi PH serta penganalisis ekonomi yang sebut tentang rizab negara
yang tinggi sejak beberapa hari lepas ini.
Mereka suruh
kerajaan PN untuk gunakan rizab ini untuk selamatkan negara dari krisis Covid.
Sebab itu, saya
up-kan semula posting ini tentang contoh dua rizab sahaja yang ditinggal BN
supaya mereka tak lupa.
Kerajaan BN dulu
masa saya PM naikkan nilai aset bersih Khazanah dari RM32 bilion pada akhir
tahun 2008 ke RM116b pada akhir tahun 2017 sebelum kita kalah PRU14.
Loading...
Selepas PH ambil
alih, nilai aset bersih ini telah jatuh ke RM91b pada akhir tahun 2018 dan
RM73b pada akhir tahun 2019 kerana mereka banyak menjual aset.
Rizab tunai Petronas
pula naik dari RM30b ke RM174b semasa BN kalah PRU14.
Namun PH telah
menjarah sehingga RM104b sehingga Petronas diturun penarafaan oleh Moody's buat
kali pertama dalam sejarah pada bulan Jun 2019 lepas.
Moody's turun
penarafan PETRONAS
Dulu sebelum PRU14
sehingga kerajaan mereka tumbang, PH selalu fitnah bahawa Najib mufliskan
negara.
Kini, mereka
terpaksa mengaku bahawa BN semasa saya PM sebenarnya tinggalkan banyak aset dan
rizab negara yang boleh digunakan untuk lawan krisis Covid.
Tetapi PH lupa sebut
pula bahawa mereka banyak menurunkan rizab negara dalam tempoh 22 bulan rejim
Gagalkrasi mereka. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment