Untuk melawan wabak
Covid dari segi kesihatan, kita perlu 3 senjata perubatan:
Nombor 1. Kit ujian
yang pantas dan tepat untuk membuat saringan
Sejak minggu lepas,
Amerika Syarikat telah meluluskan dua lagi kit ujian pantas.
Satu ialah kit ujian
yang paling berpotensi ialah kit yang boleh digunakan dengan mesin popular
GeneXpert dari syarikat Cepheid yang mampu memberi keputusan serta-merta.
Yang kedua ialah kit
ujian dari syarikat Mesa yang memberi keputusan ujian dalam masa 30 minit.
Negara jiran
Singapura juga sedang menghasilkan sebuat kit ujian yang menggunakan proses
yang diberi nama "Cepat". Mereka kata kit ujian ini mampu memberi
keputusan yang tepat dalam masa 5 minit sahaja.
Mereka merancang
untuk menghantar kit ujian ini untuk mendapat kelulusan dari kerajaan Singapura
dalam masa sebulan.
Jika diluluskan,
ianya merupakan kit ujian Covid paling laju dalam dunia.
Loading...
Nombor 2. Ubat yang
berkesan untuk mengubat mereka yang telah disahkan positif
Selain mengkaji
ubat-ubat baru, beberapa ubat sedia ada di dapati sangat berkesan untuk
mengubat Covid.
Satu darinya ialah
ubat Hydroxychloroquine yang diagung-agungkan oleh presiden Trump. Ubat ini
sudah wujud sejak berpuluh tahun dahulu untuk mengubat Malaria tetapi didapati
berkesan untuk kes Covid di Perancis.
Kajian berskala
kecil di Perancis melibatkan 26 pesakit mendapati kesemua pesakit sembuh
sepenuhnya apabila diberi ubat Hydroxychloroquine . Kesannya bertambah baik
apabila pesakit juga diberi antibiotik azithromycin.
Oleh kerana ujian
tersebut, negara Bahrain telah mula menggunakan ubat Hydroxychloroquine untuk
pesakit Covid manakala negara India telah mengharamkan eksport ubat tersebut.
Di Malaysia, KKM
sedang mengkaji untuk menggunakan dua jenis ubat yang berpotensi. Satu dari
China yang didapati berkesan apabila digunakan secara besar-besaran untuk
mengubat Covid di negara itu dan satu lagi ubat dari negara Jepun bernama
Avigan yang merupakan ubat selsema sedia ada sejak tahun 2014.
Ubat Aviden ini
didapati sangat berkesan untuk melawan Covid di negara China. Malah saham
syarikat ubat yang mengeluarkan Avigen melonjak naik sejak dua hari dahulu
apabila ianya dipuji oleh kerajaan China.
Nombor 3. Vaksin
yang memberi pertahanan kepada orang ramai untuk mencegah mereka jatuh sakit
apabila dijangkit Covid.
Negara-negara UK,
USA, Rusia, China dan Singapura sedang menguji vaksin mereka masing-masing.
Diramalkan bahawa paling cepat vaksin baru boleh diluluskan dan dihasilkan
untuk kegunaan orang ramai ialah sebelum akhir tahun.
Sekian update
ringkas. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment