KENYATAAN MEDIA
DATUK SERI IR. DR.
WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN
MALAYSIA
TAJUK: PENGECUALIAN
KEPADA SEMUA PEMEGANG LESEN MEMANDU INDIVIDU, PERDAGANGAN SEPANJANG TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
LESEN MEMANDU
PERSENDIRIAN
1. Menyedari
kesukaran orang ramai untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi
kenderaan perdagangan dan individu termasuk lesen vokasional (GDL dan PSV) dan
lesen memandu atau Competent Driver’s License (CDL), saya sebagai Menteri
Pengangkutan, telah menggunakan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 66
(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dengan memberikan pengecualian
kepada semua pemegang lesen memandu daripada keperluan memperbaharui lesen
memandu masing-masing melalui suatu undang-undang khusus sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 25 Mac 2020.
2. Sebelum ini
pemegang lesen memandu individu diminta untuk memperbaharui lesen secara atas
talian melalui portal mySikap JPJ dan MyEG sepanjang tempoh PKP tetapi dengan
pengumuman di atas, syarat keperluan untuk memperbaharui lesen memandu ini
telah dikecualikan, bagi tempoh PKP.
3. Walaupun dengan
adanya pengecualian khas ini, para pemandu dinasihatkan supaya membawa salinan
sijil perlindungan atau e-cover note insurans ketika memandu sepanjang tempoh
PKP. Ini bermakna, sesiapa yang mempunyai lesen memandu yang sudah luput masih
boleh menggunakan kenderaan masing-masing dengan syarat kenderaan tersebut
wajib memiliki perlindungan insurans yang sah. Namun begitu, para pemegang
lesen perlu memperbaharui lesen masing-masing dalam tempoh 30 hari selepas PKP
diisytiharkan berakhir.
Loading...
LESEN KENDERAAN
PERDAGANGAN DAN GDL
4. Berhubung Lesen
Kenderaan Motor bagi kenderaan perdagangan dan GDL, Kementerian Pengangkutan
memutuskan, isu berhubung keperluan mendapatkan kelulusan daripada PUSPAKOM dan
pemandu kenderaan perdagangan bagi memperbaharui GDL serta laporan kesihatan yang
sah sepertimana yang diperlukan dalam syarat-syarat permohonan pembaharuan
lesen kenderaan komersial tidak lagi berbangkit memandangkan keperluan untuk
memperbaharui lesen tersebut telahpun dikecualikan sepanjang tempoh PKP. Namun,
para pemilik kenderaan perdagangan perlu memperbaharui LKM masing-masing dan
adalah tertakluk kepada keperluan dokumen kelulusan yang berkenaan dalam tempoh
30 hari selepas PKP diisytiharkan berakhir.
5. Keputusan ini
turut dibuat selepas Kementerian Pengangkutan mengambil inisiatif mengadakan
perbincangan bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk Persatuan Insurans
Am Malaysia (PIAM) dan Takaful Malaysia. Paling penting, ia bertujuan
memastikan perkhidmatan pembekalan barangan keperluan khususnya makanan kepada
orang ramai tidak terjejas sepanjang tempoh PKP. Kementerian Pengangkutan
sememangnya prihatin dengan keperluan serta keselamatan para pemandu dan
pengguna jalan raya di seluruh negara.
6. Berikut merupakan
rekod pemegang lesen jenis GDL yang akan tamat tempoh sah mengikut tarikh ;
24 Mac 2020 : 328
25 Mac 2020 : 385
26 Mac 2020 : 356
27 Mac 2020 : 357
28 Mac 2020 : 348
29 Mac 2020 : 315
30 Mac 2020 : 369
31 Mac 2020 : 295
Loading...
7. Sekali lagi
diingatkan, seperti ketetapan undang-undang, semua pemilik kenderaan
perdagangan dan pemilik kenderaan persendirian hendaklah memastikan kenderaan
mereka mempunyai perlindungan insurans yang sah sepanjang tempoh PKP ini.
8. Saya ingin
menasihati para pemandu dan pembantu pemandu supaya menjaga kesihatan diri
sepanjang bertugas di barisan hadapan ketika ini. Jasa anda semua amat bermakna
buat masyarakat dan negara ketika waktu sukar ini. Sebarang aduan / pertanyaan
sila e-mel ke aduan@mot.gov.my , atau WhatsApp ke 019-2907723. Hotline MOT :
1800-88-7723 (8am-8pm). Atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara,
Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.
DATUK SERI IR. DR.
WEE KA SIONG
MENTERI PENGANGKUTAN
MALAYSIA
24 MAC 2020
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment