
SURUHANJAYA
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan menerima laporan mengenai dakwaan
rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Bekas Pengerusi Majlis Penasihat
Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.
Laporan itu
dikatakan berhubung pemberian kontrak membabitkan rundingan semula projek
Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).
Perkara itu disahkan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam
Bakri, ketika dihubungi, di Kuala Lumpur, hari ini.
“Saya mengesahkan
menerima satu laporan berhubung perkara itu.
“Bagaimanapun, saya
tidak boleh memberikan sebarang maklumat tambahan ketika ini,” katanya.
Loading...
Difahamkan laporan
terhadap bekas menteri kewangan itu dibuat di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
Sebelum ini,
kerajaan terdahulu di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) memaklumkan projek
Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang diteruskan dengan kos pembinaan sebanyak
RM44 bilion akan dilaksana dan dilancarkan semula pada 25 Julai tahun lalu.
Sementara itu,
penulis asal Ab Jalil Backer mengatakan berita daripada Malaysiakini bahawa
beliau telah membuat laporan SPRM ke atas Tun Daim Zainuddin berkaitan isu ECRL
adalah tidak benar.
Apa yang berlaku
ialah satu laporan SPRM ke atas Tun Daim telah dibuat berdasarkan tulisan
beliau yang dipetik oleh portal berita Suara TV. - MYMETRO/BULETIN3

Join our Telegram Channel
Loading...