Ini bahayanya bila
"Menteri" tak reti membaca berita betul-betul.
Lid tak faham bahawa
5,084 perserta acara Tabligh yang dimaksudkan DG KKM itu bukan tak pernah
berhubung dengan KKM.
Majoriti dari mereka
pernah berhubung dengan KKM tetapi tidak diuji kerana mereka tidak menunjukkan
gejala penyakit dan dihantar pulang.
Sebab itu, DG kata
KKM ada kontak serta alamat-alamat mereka.
Kini, mereka
dipanggil semula kerana KKM ingin membuat ujian ke atas mereka kali ini
walaupun tempoh inkubasi Covid sudah tamat.
Kini, KKM nak cari
kontak rapat mereka sekiranya mereka didapati pernah positif Covid tetapi telah
sembuh dengan sendirinya.
Loading...
Ini antara langkah
contact tracing KKM yang lebih agresif.
Di sini, saya rasa
ada kelemahan SOP KKM masa dahulu sebelum Menteri Kesihatan baru dilantik.
Sepatutnya, KKM
perlu membuat ujian ke atas semua perserta acara Tabligh biarpun mereka tidak
menunjukkan gejala.
Dan jika ujian
didapati negatif pun, KKM perlu mengeluarkan perintah kuarantin mandatori 14
hari ke atas golongan ini bersama ahli keluarga mereka.
(Ada juga
kemungkinan bahawa kapasiti membuat saringan masa itu adalah terhad. Sebab itu,
ramai yang tidak sempat diuji masa itu).
Saya tahu ini
berlaku kerana saya antara yang paling awal membuat permintaan terbuka untuk
menyeru peserta-peserta acara Tabligh berhubung dengan KKM serta merta apabila
kes positif pertama diumumkan kerajaan pada 11 Mac 2020 kerana saya sedar
wujudnya risiko yang besar masa itu:
Loading...
Dalam posting itu
serta di dalam posting-posting berkaitan berikutnya, saya baca banyak komen
dari peserta Tabligh bahawa mereka pernah berhubung dengan KKM tetapi mereka
tidak diuji dan dihantar balik kerana mereka tidak menunjukkan gejala.
Saya juga difahamkan
bahawa selain mendapat kebenaran dari pihak polis pada 12hb Feb 2020, acara
Tabligh itu juga mendapat kelulusan dari pihak DBKL sebagai pihak berkuasa
tempatan berkaitan kerana Masjid Seri Petaling terletak di Kuala Lumpur.
Pihak polis dan DBKL
tak salah dari segi SOP untuk memberi kelulusan kerana masa itu, kerajaan PH
tidak pernah haramkan acara umum besar-besaran dan tidak mahu mengikut langkah
Singapura untuk menaikkan tahap ancaman.
Tetapi Lid masih
mahu salahkan PM8 yang juga menteri KDN masa itu tanpa mengaku dirinya sebagai
Menteri WP masa itu turut terlibat. - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment