Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, April 5, 2020

"Kenapa Lid sanggup memfitnah demi mempertahankan DAP?" - Najib


Kenapa Lid sanggup memfitnah demi mempertahankan DAP?

Lid kata kerajaan UMNO-BN masa dahulu TAK PERNAH membantu atau membayar wang kepada negeri Terengganu dan Kelantan.

Ini fitnah.

Seperti yang saya sudah jelaskan berkali-kali, kerajaan BN dahulu memang ada membayar wang royalti minyak kepada negeri Terengganu tiap-tiap tahun.

Setiap tahun kita membayar wang royalti beberapa kali kepada Terengganu.

Baca ini baik-baik, Lid.

"Sepanjang tahun 2018 pula Kerajaan Persekutuan telah membayar sejumlah RM1.05 bilion Wang Tunai Petroleum (WTP) secara berperingkat kepada Kerajaan Terengganu.


Loading...


Sebanyak RM603 juta dibayar SEBELUM Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) iaitu pada 10 April 2018, RM100 juta (21 Ogos 2018), RM200 juta (8 Oktober 2018) dan RM150 juta (12 Disember 2018)."


Takkan bayaran instalment RM603 juta kepada Terengganu SEBELUM PRU14 itu adalah jasa Guan Eng atau PH?

Dalam kes Kelantan pula, saya mengaku bahawa kerajaan tak bayar wang royalti kepada Kelantan sepanjang masa saya PM kerana Kelantan telah saman kerajaan Persekutan selama 10 tahun.

Tapi, kita tolong Kelantan dalam banyak cara lain seperti membina lebuhraya Central Spine Road tanpa tol termasuk membiayai dan mengambil alih projek lebuhraya Rakyat negeri Kelantan dan telah banyak kali memberi pinjaman kewangan kepada kerajaan Kelantan (tapi kita tak buat siaran media untuk memburukkan Kelantan seperti Guan Eng buat setiap kali kita meminjam).

Pada tahun 2016, kerajaan BN masa saya PM juga telah menyelesaikan sepenuhnya penstrukturan air di Kelantan yang merupakan masalah berpuluh tahun lamanya (sejak PM4 mengetawakan kualiti air dan menghukum Kelantan) bernilai sebanyak RM5 bilion.


Loading...


Baca statement MB Kelantan yang mengucapkan terima kasih ini:

Lagipun bayaran RM400 juta dari kerajaan PH pada akhir tahun 2019 itu sebenarnya adalah "one-off" kerana PH telah gagal menunaikan janji manifesto mereka untuk membayar royalti minyak kepada Kelantan (dan Sabah serta Sarawak juga).

Baca ini:

"Ahmad berkata, dalam surat berkenaan tidak menyatakan sama ada wang itu berkaitan royalti dituntut daripada kerajaan Pusat ataupun tidak.

“Setakat ini dinamakan sebagai 'one-off' daripada YB Tun Mahathir sendiri dan saya tidak boleh kata wang royalti. Pertama kali dari Tun sendiri,” katanya."

Jan 2, 2020:

Faham belum?

Cukuplah dengan fitnah ko, Lid. - NAJIB RAZAK





Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages