Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, April 2, 2020

KKM: PENGENALAN SISTEM ONLINE APPOINTMENT DI KLINIK KESIHATAN



Sistem Online Appointment di Klinik Kesihatan merupakan kolaborasi di antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan empat (4) syarikat iaitu Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan
DoctorOnCall.

Ini adalah sebagai inisiatif untuk mengurangkan
kesesakan di klinik-klinik kesihatan khususnya semasa pandemik jangkitan COVID-19 bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di klinik pada sesuatu masa perlu diamalkan, selaras dengan penjarakan sosial (social distancing).

Melalui sistem Online Appointment ini, pelanggan boleh memilih slot waktu temujanji untuk datang ke klinik bagi mendapatkan
perkhidmatan.

Sistem ini adalah untuk kes-kes walk-in penyakit ringan sahaja.

Sistem ini bakal dilaksanakan secara berfasa bermula dengan 4 buah klinik kesihatan iaitu KK Presint 9, 11, 14 dan 18 di Wilayah Persekutuan Putrajaya bersama DoctorOnCall.

Selanjutnya perkhidmatan ini akan diperluaskan ke klinik kesihatan yang terpilih di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor dengan
kolaborasi Queuemed, EncoreMed, Bookdoc dan DoctorOnCall.


Loading...


NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM prihatin dengan keadaan semasa berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mungkin boleh mengakibatkan orang ramai mengalami pelbagai emosi seperti kerisauan, panik, sedih dan murung.

KKM ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru masyarakat menjaga kesihatan minda dengan mengambil beberapa langkah
berikut:

• Elakkan bersendirian dan kongsi perasaan anda dengan
seseorang yang dipercayai

• Saling memberi kata-kata positif kepada diri sendiri, ahli
keluarga dan rakan

• Saling berhubung dan berinteraksi dengan orang tersayang
dan rakan rapat, menggunakan pelbagai medium komunikasi

• Beribadat mengikut kepercayaan masing-masing

• Amalkan teknik relaksasi

• Lakukan aktiviti fizikal di rumah

• Makan secara sihat


Loading...


Justeru, orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan sokongan psikososial dengan menghubungi talian berikut:

011-63996482 / 011-63994236 / 03-29359935

Waktu operasi adalah dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari.

Orang awam juga boleh menghubungi talian CPRC Kebangsaan, KKM.

Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.


DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
2 April 2020 @ 5.00 petang



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages