Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, April 2, 2020

SHARE: Perkara yang anda perlu tahu mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2



1. Apakah yang dimaksudkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Tahap 2 (PKP 2) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)?

PKP

- Pemakaian - seluruh negara

- 18 Mac hingga 31 Mac 2020

- Kawalan pergerakan - terhad mengikut keperluan

- Essential services - 22 perkhidmatan perlu

PKP 2

- Pemakaian - seluruh negara

- 1 April hingga 14 April 2020

- Kawalan pergerakan - terhad mengikut masa dan sektor

- Essential services - 10 sektor kritikal

PKPD

- Pemakaian - kawasan tertentu sahaja

- 2 minggu daripada tarikh perisytiharan

- Kawalan pergerakan - pergerakan tidak dibenarkan

- Essential services - semua premis perniagaan ditutup dengan beberapa pengecualian


2. Apakah sektor yang dibenarkan beroperasi semasa PKP 2?

Hanya 10 perkhidmatan perlu dan rantaiannya dibenarkan beroperasi ketika PKP 2 adalah:

a) Makanan

b) Air

c) Tenaga

d) Komunikasi dan Internet

e) Keselamatan dan Pertahanan

f) Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam dan Pembetungan

g) Penjagaan Kesihatan dan Perubatan termasuk Penokok Diet

h) Perbankan dan Kewangan

i) E-dagang

j) Logistik yang terhad kepada penyampaian perkhidmatan perlu


Loading...


3. Perkhidmatan perlu (essential) lain seperti pos, bomba, penjara, imigresen dan kastam tiada dalam 10 perkhidmatan perlu yang dinyatakan untuk PKP 2. Begitu juga dengan perkhidmatan stesen minyak. Adakah perkhidmatan ini tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP 2?

Kesemua perkhidmatan ini dan perkhidmatan yang telah dikenal pasti semasa PKP masih lagi beroperasi kerana ia termasuk dalam perkhidmatan perlu seperti pos, ia termasuk dalam perkhidmatan perlu komunikasi dan juga logistik. Manakala bomba, penjara, imigresen dan kastam termasuk dalam perkhidmatan perlu keselamatan dan pertahanan. Perkhidmatan stesen minyak pula adalah dalam perkhidmatan perlu tenaga. Justeru kesemua perkhidmatan ini adalah beroperasi sepanjang tempoh PKP 2.


4. Apakah konsep pelaksanaan PKP 2?

a. Kerajaan telah mengumumkan pelanjutan tempoh PKP sehingga 14 April 2020. Pelanjutan ini akan dikenali sebagai PKP 2;

b. Kawalan pergerakan akan dilaksanakan mengikut tempoh masa dan sektor kritikal yang ditetapkan; dan

c. PKPD dilaksanakan di kawasan-kawasan atau lokaliti tertentu di dalam zon merah atas nasihat KKM apabila berlaku penularan mendadak dalam lokaliti tersebut.


5. Adakah perkhidmatan Essential Services yang diumumkan semasa PKP masih diteruskan bagi PKP 2?

Kerajaan mengurangkan 22 perkhidmatan perlu kepada 10 sektor kritikal sahaja bertujuan mengurangkan atau menghadkan pergerakan orang ramai supaya penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung dengan lebih berkesan. Segala perkhidmatan selain 10 sektor kritikal yang dinyatakan adalah tidak dibenarkan sama sekali dan kelulusan yang telah diberikan sebelum ini terbatal secara automatik.


6. Adakah syarikat yang telah mendapat kelulusan semasa PKP terdahulu dan kini termasuk dalam kategori 10 sektor kritikal perlu mendapatkan kelulusan sekali lagi untuk beroperasi semasa PKP 2?

Tidak perlu. Segala kelulusan yang telah diberikan kepada syarikat semasa PKP dan kini tergolong di dalam 10 sektor kritikal boleh terus menggunakan kelulusan yang sama semasa PKP 2.



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages