
Kerajaan memilih
hotel bertaraf 4 dan 5 bintang bagi tujuan kuarantin mereka yang baru pulang
dari luar negara bukanlah kerana tujuan bermewah-mewah.
Ada beberapa faktor
antaranya paling utama ialah faktor kesihatan dan kemudiannya keselamatan.
Bilik-bilik hotel
ini lebih besar dan susunannya tidak terlalu rapat berbanding hotel 3 bintang
dan hotel bajet.
Ini membolehkan hal
penjarakkan sosial diurus dengan lebih baik.
Bayangkan jika
mereka yang pulang dari luar negara ini disumbat dalam hotel-hotel murah,
bersesak dan koridor yang sempit.
Jika ada seorang dua
ada Covid-19 maka ia boleh melarat sehingga beratus orang.
Dari segi penjagaan
kebersihan juga hotel-hotel ini mempunyai kakitangan terlatih dan mencukupi
bagi menguruskan kebersihan berbanding hotel-hotel murah.
Loading...
Dari segi
keselamatan juga hotel-hotel ini mempunyai kemampuan menjaga keselamatan mereka
yang dikuarantin berbanding hotel-hotel murah.
Hotel-hotel ini juga
mempunyai CCTV mengawasi pergerakan penghuninya dan sebarang keluar masuk.
Jadi saya fikir
usahlah dipertikaikan pemilihan hotel-hotel hebat.
Tidak ada apa
nikmatnya tinggal dalam hotel hebat ini ketika anda hanya dibenarkan berkurung
dalam bilik tanpa sebarang fasiliti mewah sepertinya.
Ahli politik usahlah
mempertikaikan perkara-perkara remeh seperti pemilihan hotel untuk kuarantin,
sedangkan Kementerian Kesihatan perlu membuat pelbagai keputusan segera bagi
mengekang pandemik ini.
Kuarantin di hotel
ini hanya untuk mereka yang pulang dari luar negara tetapi belum disahkan ada
Covid-19 atau tidak.
Kerajaan menukar
prosedur dari kuarantin di rumah kepada di tempat-tempat yang dikhaskan
kerajaan. - AB JALIL BACKER
Join our Telegram Channel
Loading...