
Biar saya jelaskan
sekali lagi secara slow sikit supaya Lid faham :
Setiap satu sen yang
didakwa hilang dari 1MDB telah dibayar atau dijamin oleh syarikat IPIC milik
penuh kerajaan Abu Dhabi.
Perjanjian
penyelesaian yang diusahakan oleh kerajaan BN dahulu mengandungi klausa bahawa
IPIC bersetuju untuk menyelesaikan semua wang dibayar oleh 1MDB kepada mereka
yang kini didakwa hilang sebelum 30 Disember 2020.
Kalau niat utama
kerajaan PH dahulu adalah untuk mendapat kembali segala wang, perjanjian
penyelesaian ini patut dipatuhi.
Bergantung kepada
DOJ Amerika Syarikat untuk kembali wang selepas ianya dibayar dan dijamin oleh
IPIC bermaksud kita tak mungkin dapat kembali segala yang didakwa hilang.
DOJ hanya mampu
mendapat kembali sebahagian dari dana tersebut. Itupun dengan cara sedikit demi
sedikit.
Loading...
Tetapi niat kerajaan
PH berlainan.
Jika semua wang 1MDB
yang didakwa hilang dikembalikan oleh IPIC sebelum akhir tahun 2020 ini, maka
Najib tak rompak apa-apa.
Itu bercanggah
dengan propaganda PH.
Sebab itu, kerajaan
PH dahulu batalkan perjanjian penyelesaian dengan kerajaan Abu Dhabi itu
walaupun ianya bermakna negara akan rugi.
Sebab itu juga,
kerajaan PH rela untuk saman kerajaan Abu Dhabi di London berhubung dengan dana
1MDB itu dan sanggup merosakkan hubungan antara dua negera itu.
Jika perjanjian tak
batal maka hanya boleh kata IPIC belum bayar balik dana 1MDB. Wang tak hilang.
Jika perjanjian
batal dan kita saman IPIC maka dana itu pun diklasifikasikan sebagai dana
hilang dan haram.
Malah SPRM di bawah
kerajaan PH lebih rela untuk membongkarkan rakaman perbualan telefon peribadi
saya dengan putera Abu Dhabi apabila kita berdua cuba menyelesaikan masalah
1MDB-IPIC.
Sebab itu juga,
kerajaan Abu Dhabi lebih rela untuk melabur RM93.5 bilion dengan negara jiran
Indonesia dan tak labur satu sen pun di Malaysia.
13 Jan 2020:
Indonesia, UAE meterai 11 janji niaga RM93.5 bilion
Loading...
Dan kerana itu juga,
Guan Eng tak pernah berani untuk mendedahkan perjanjian penyelesaian IPIC.
Kerana apabila
didedahkan, klausa untuk mendapat kembali semua dana yang dihilang sebelum
akhir tahun ini akan terdedah kepada Rakyat.
Dan dengan itu,
Najib bukan lagi perompak dan penyamun dana 1MDB.
Itu tak boleh!
Sebab itu, kerajaan
PH sanggup menerima sebahagian dari wang tersebut melalui DOJ sedikit demi
sedikit dan tidak mahu mendapat kembali segala dana didakwa hilang secara
sekaligus seperti dalam perjanjian penyelesaian.
Sebab itu, kerajaan
PH sanggup rosakkan hubungan antara Abu Dhabi dengan Malaysia sehingga Abu
Dhabi melabur RM93.5 bilion di Indonesia dan tak labur satu sen pun di
Malaysia.
Negara kerugian
besar tak apa.
Asalkan propaganda
bahawa Najib adalah perompak dan penyamun 1MDB boleh diteruskan oleh PH.
(Tonton video 11 Nov
2018 ini apabila saya tanya tentang perjanjian itu. Tak seorang dari PH pun
berani sangkal saya. Semua terdiam - termasuk Jelutong dan Guan Eng yang ada
dalam dewan.: https://www.facebook.com/najibrazak/videos/420165068519453/
) - NAJIB RAZAK
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment