Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Monday, March 30, 2020

"PH terus menipu rakyat dengan propaganda mereka." - Najib



PH masih terus menipu rakyat dengan propaganda terbaru mereka bahawa kerajaan PN mampu melaksanakan pakej rangsangan ekonomi Covid yang besar kerana mereka telah berjimat dalam masa 22 bulan rejim Gagalkrasi.

Antara persepsi yang berjaya ditanamkan oleh propaganda PH di dalam minda RAYkat ialah kerajaan BN dahulu sangat boros dan kita naikkan hutang negara dengan banyak untuk membebankan negara manakala PH berjimat cermat.

Ok. Saya petik data rasmi dari Kementerian Kewayangan untuk memperbetulkan persepsi ini (dalam gambar).

Perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan:

2016 (BN): RM210.2b + RM42.0b
2017 (BN): RM217.7b + RM45.0b
2018 (PH): RM231.0b + RM54.4b
2019 (PH): RM262.3b + RM53.7b
2020 (PH): RM241.0b + RM55.2b


Loading...


Penambahan hutang langsung negara (pinjaman domestik + pinjaman asing):

2016 (BN): RM37.7b + RM0.8b
2017 (BN): RM40.7b - RM0.34b (bayar balik hutang asing)
2018 (PH): RM54..4b - RM0.32b (bayar balik hutang asing)
2019 (PH): RM44.7b + RM7.8b (bon samurai)
2020 (sehingga PH tumbang): RM30.3b

(Jumlah hutang kerajaan baru ditambah masa PH ialah sekitar RM140 bilion)

Malah, bukan hutang langsung sahaja tetapi jaminan hutang kerajaan di bawah PH juga meningkat dengan pantas.

Belum masuk lagi jaminan hutang untuk projek RM46 bilion PTMP Pulau Pinang yang baru dipersetujui oleh PM ke-7 bulan Oktober lalu.

Dan dasar fiskal yang dirancang oleh PH juga adalah untuk hutang dan defisit tahunan negara terus tinggi sehinnga tahun 2023 iaitu akhir penggal mereka.


Loading...


Realitinya ialah:

1. Perbelanjaan kerajaan di bawah PH jauh lebih tinggi berbanding BN.

2. Defisit negara di bawah PH adalah lebih tinggi berbanding masa BN.

3. PH meminjam (dan menjamin hutang) jauh lebih banyak berbanding BN. Belum masuk lagi hasil dari menjarah Petronas dan jualan lambak aset negara.

4. Bantuan Rakyat masa BN adalah lebih tinggi berbanding masa PH.

5. Jumlah aset-aset nilai negara jatuh. Nilai aset Khazanah jatuh dari RM116b ke RM91b (2018) ke RM73b (2019). Manakala sehingga RM104b dijarah dari rizab tunai RM174b Petronas dijarah.

6. Ekonomi amat teruk sehingga pasaran saham Malaysia jadi paling corot dalam dunia sebelum wabak Covid bermula dan dividen-dividen tabung seperti ASB, KWSP, Tabung Haji menjadi paling rendah dalam sejarah. Dalam keadaan seperti ini, mana mungkin kekayaan negara boleh naik dalam masa PH?

Adakah Guan Eng ataupun mana-mana pemimpin PH berani pertikaikan fakta ini?

Ataupun data dari link laporan tahun 2020 Perbendaharaan Malaysia dari Kementerian Kewangan yang dikeluarkan pada Disember 2019 ini adalah "fake news"?



Join our Telegram Channel
Telegram


Loading...

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Pages