KUALA KANGSAR:
Selain daripada Menteri Besar Kedah yang menjawat jawatan itu sebanyak dua
kali, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu juga menjadi antara
manusia yang memegang jawatan menteri besar sebanyak dua kali. Malah dia
menyifatkan dirinya sebagai orang paling bertuah di negeri ini susulan
pelantikannya itu adalah secara berturut-turut selepas menghadapi konflik
politik selama dua minggu ini.
Malah lebih istimewanya beliau
yang sebelum ini mewakili Pakatan Harapan, kini berpihak kepada Perikatan
Nasional pula.
Perlantikkan semula sebagai
menteri besar Perak itu turut diucapkan tahniah oleh beberapa pemimpin parti
komponen PH negeri termasuk Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak,
Asmuni Awi.
Menurut BH
Online, beliau berkata, “Saya bersyukur kerana ‘rakan baharu’ dalam pentadbiran
baharu (Perikatan Nasional) ini lebih mengambil sikap berlapang dada dan tidak
gopoh (dengan pelantikan sebagai Menteri besar), sekali gus memperlihatkan
peralihan ini bukan bersifat mementingkan sesuatu puak atau parti.
Loading...
“Peralihan kuasa
ini berjalan dengan begitu baik, dengan saya sendiri melihat adanya rakan dalam
kerajaan negeri terdahulu (PH) yang turut bersama, menyokong saya dalam
peralihan ini,” katanya pada sidang media di Hotel Lanai Casuarina, di sini
selepas mengangkat sumpah bagi jawatan itu di Istana Iskandariah, di sini, hari
ini.
Terdahulu, Ahmad
Faizal melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak ke-12 pada 10 Mac lalu
sebelum menyatakan sokongan terhadap PN Perak sekali gus menyebabkan
pentadbiran PH di Perak tumbang selain Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) negeri
secara sendirinya terbubar.
Ia sekali gus
menyebabkan PN Perak terdiri daripada UMNO (25 kerusi), PAS (tiga kerusi) dan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) empat kerusi DUN memiliki majoriti
untuk menubuhkan gabungan baharu sebagai kerajaan negeri.
Katanya, sudah
tiba waktunya semua pemimpin parti di negeri ini bersatu di bawah panji negeri
dengan menumpukan segala usaha memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat
tanpa mengira kaum dan agama.
Loading...
Beliau berkata,
perjumpaan segera bakal diadakan bersama pemimpin atasan parti dalam PN negeri
untuk membincangkan senarai EXCO negeri yang akan dilantik sebelum
mempersembahkan senarai itu untuk perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah.
“Sebaiknya
perjumpaan ini dibuat segera iaitu dalam tempoh seminggu ini dari sekarang
memandangkan sebelum ini mesyuarat EXCO negeri gagal dijalankan sepanjang lebih
lima minggu,” katanya.
Ditanya mengenai
kriteria pemilihan EXCO baharu, Ahmad Faizal berkata, sudah tentu ia
sebagaimana pemilihan anggota Kabinet di peringkat Pusat iaitu dinilai melalui
tapisan terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
Loading...
“Selain itu,
mereka (EXCO) akan dipastikan tiada rekod yang dilihat dapat membebankan
kerajaan sekali gus bakal menimbulkan imej tidak baik terhadap kerajaan
negeri,” katanya.
Sementara itu
dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria ketika
ditemui berkata, parti itu akur dengan perkenan Sultan Nazrin Shah melantik
Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar.
“Keputusan
baginda tuanku adalah sangat tepat dan saya minta rakyat Perak turut menerima
keputusan tuanku dengan hati terbuka. Baginda turut berharap tiada lagi polemik
politik selepas ini,” katanya. - BH ONLINE
Join our Telegram Channel
Loading...
No comments:
Post a Comment